Gaya peralihan malar segar

Gaya peralihan malar segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK terlalu klasik tetapi tidak juga terlalu moden.

Susun atur dan dekorasinya sedap mata memandang dan kelihatan malar segar dengan gabungan elemen moden serta sedikit klasik.

Itu konsep dekorasi yang dipilih oleh pemilik kediaman, Nurfarahin Ramli yang menerapkan gaya peralihan.

Gaya peralihan menggabungkan elemen tradisional dan moden agar seiring dengan peredaran zaman.

Katanya, konsep berkenaan memberinya kebebasan untuk menata rias ruangan memandangkan ia tidak mempunyai set peraturan tertentu.

“Saya boleh padankan elemen tertentu seperti barang lama (vintaj) dengan yang baharu berkonsepkan moden. Ini memudahkan saya untuk menata rias ruang yang ada.

“Selain itu, ia juga sesuai dengan zaman sekarang kerana tidaklah kelihatan terlalu klasik dan masih ada elemen moden yang diselitkan,” katanya kepada Seri baru-baru ini.

Konsep ideal
Tambahnya, konsep itu menjadikan segenap ruang mampu memenuhi perbezaan citarasa setiap ahli keluarga.

“Konsep ini juga sesuai untuk keluarga kerana dapat menghasilkan ruang yang seimbang.

“Contohnya, saya minat barang lama, suami pula ke arah moden manakala anak pula suka Scandinavian, jadi saya gabungkan elemen-elemen tersebut untuk menghasilkan ruang yang ideal untuk seisi keluarga,” jelasnya.

Bagi melengkapkan gaya peralihan, beberapa elemen penting diterapkan pada kediaman jenis teres berkeluasan 22×75 persegi itu.

Antaranya adalah pemilihan warna lembut dengan sedikit tambahan warna menyerlah serta penggunaan kayu dan rotan yang diseimbangkan dengan dekorasi brass dan kaca.

Selain itu, penerapan nilai minimalis dengan pemilihan corak fabrik yang tidak keterlaluan.

Paling penting seimbangkan hiasan klasik dan moden agar ruang tampak malar segar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya