JOHANNESBURG: Angka kematian akibat kebakaran di sebuah bangunan lima tingkat di tengah Johannesburg telah meningkat kepada 70 orang, demikian menurut pegawai dari perkhidmatan kecemasan bandar itu.
Jumlah yang cedera ialah 43 orang, kata jurucakap Robert Mulaudzi.
Perkhidmatan kecemasan dan anggota bomba sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran, lapor penyiar awam SABC.
Video dari tempat kejadian menunjukkan api marak menyambar tingkat bawah sebuah bangunan, dan ramai yang kelihatan melarikan diri ke luar.
Dalam satu siri tweet yang dikongsi di Twitter, jurucakap perkhidmatan kecemasan Robert Mulaudzi berkata, ramai sedang dirawat dan ada yang telah dihantar ke kemudahan penjagaan kesihatan.
Punca kebakaran belum diketahui, menurut SABC. – CNN