Saya dari awal rasa tahu pertuduhan bermotif politik -Muhyiddin

Saya dari awal rasa tahu pertuduhan bermotif politik -Muhyiddin

MUHYIDDIN Yassin pada sidang akhbar selepas bebas empat tuduhan menggunakan kedudukan, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjelaskan kepada orang ramai bahawa pembatalan empat pertuduhan dihadapinya sebagai satu bentuk penganiayaan terhadap dirinya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, beliau sebenarnya daripada awal sudah menyedari pertuduhan itu adalah bermotifkan politik dan menyalahi daripada segi undang-undang.

Justeru, beliau memohon agar pertuduhan itu dibatalkan agar dilepaskan daripada pertuduhan berkenaan.

“Saya awal lagi rasa pertuduhan itu bermotif politik. Saya tak lakukan apa-apa kesalahan mengikut undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini dibuktikan mengikut keputusan dibuat Hakim.

“Saya terus bekerja untuk menjelaskan kepada khalayak umum bahawa pertuduhan dibuat oleh pihak tertentu untuk aniaya saya,” katanya dalam sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta yang dihadapi Muhyiddin dan bermakna, belia dilepas dan dibebaskan daripada keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas berpuas hati, keempat-empat pertuduhan adalah cacat, tidak berasas dan kabur.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin, 75, didakwa di ibu negara atas enam pertuduhan iaitu empat tuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, keputusan itu memberikan semangat kepada PN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk terus menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran.

“Ia bagi kita semangat tinggi untuk terus berjuang menentang kezaliman, salah guna kuasa serta rasuah,” katanya.

Beliau merakamkan penghargaan kepada keluarga d samping pasukan peguamnya membentangkan pembelaan mengikut undang-undang yang dilihat tepat dan berkesan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya