Peluang Tze Yong lunas dendam ke atas Tsuneyama

Peluang Tze Yong lunas dendam ke atas Tsuneyama

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad badminton negara meneruskan misi memburu kejuaraan, kali ini dalam Terbuka Australia 2023 yang bermula hari ini dengan pusingan pertama menyaksikan pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong bertemu pesaing dari Jepun, Kanta Tsuneyama.

Tze Yong, yang berjaya menaikkan kedudukan dunia, dua tangga ke No. 21 perlu menentang pemain yang menewaskannya di Bukit Jalil dalam pusingan awal Masters Malaysia 2023, Mei lalu, bagi menempah slot ke peringkat seterusnya.

Sementara itu, juara All England 2021, Lee Zii Jia pula terus layak ke pusingan kedua dan akan bertemu salah satu pemenang dalam pertembungan antara pemain India, Mithun Manjunanth dan pemain Singapura, Loh Kean Yew.

Bagi kategori perseorangan wanita, saingan nampaknya digalas berat kepada satu-satunya wakil Malaysia, Goh Jin Wei yang dijadual bertemu pemain India, Aakarshi Kashyap dalam pusingan pertama.

Sebelum ini, pemain berusia 23 tahun itu telah mengalami siri kekalahan yang mengecewakan dalam pusingan pertama, bermula dari Masters Malaysia 2023 (Mei), Terbuka Indonesia (Jun), Terbuka Korea dan Terbuka Jepun (Julai).

Bekas Juara Dunia Remaja dua kali itu akan menggalas tanggungjawab besar dalam kejohanan yang berlangsung Sydney hari ini ekoran rakan sepasukannya, S. Kisona dan K. Letshanaa tidak bertanding.

Bagi kategori beregu lelaki, Malaysia membariskan lima pasangan iaitu tiga gandingan senior dan dua gandingan muda.

Aksi diketuai naib juara Malaysia Masters 2023, Man Wei Chong-Kai Wun Tee menentang pemain Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, diikuti rakan sepasukan yang menjuarai Terbuka Amerika Syarikat bulan lalu, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bertemu gandingan Jerman, Mark Lamsfuss-Marvin Seidel.

Selepas itu, gandingan senior pula akan bertarung, bermula dengan beregu profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi bertemu pasangan Kanada, Dong Adam-Nyl Yakura, diikuti Tan Wee Kiong-Nur Mohd Azryn menentang pasangan Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.

Bagaimanapun, nasib berbeza dialami Juara Dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila mereka terus layak ke pusingan kedua dan akan bertemu pemenang dalam perlawanan antara pemain Jepun, Ayato Endo-Yuta Takei dan gandingan Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming Tse.

Bagi kategori beregu wanita, saingan diketuai Juara Terbuka Perancis 2022, Pearly Tan-M. Thinaah bertemu gandingan No. 6 dunia, Zhang Shuxian-Zheng Yu sementara pasangan muda negara, Vivian Hoo-Lim Chie Sin pula akan menentang pasangan Singapura, Jin Yu Jia-Wong Jia Ying.

Kategori terakhir, beregu campuran turut membariskan lima pasangan, dengan dua daripadanya, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jamei terus layak ke pusingan kedua.

Tiga lagi pasangan, Hoo Pang Ron-Teo Mei Xing akan bertemu pasangan Singapura, Hee Yong Kai-Tan Wei Han, Chan Peng Soon-Cheah Yee See dijadual menentang gandingan Indonesia, Adnan Maulana-Nita Violina dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula akan bertemu pasangan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya