Kuartet 4x400 m negara cipta sensasi di Universiade

Kuartet 4×400 m negara cipta sensasi di Universiade

KUARTET wanita negara sahkan tempat ke final 4x400m di Universiade. -IHSAN KPT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kuartet 4×400 meter (m) lelaki dan wanita negara terus mencipta sensasi di bumi China apabila berjaya mengesahkan kemaraan ke pentas final temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade), malam tadi.

Malah, kuartet lelaki dilihat mampu melakukan kejutan dengan memenangi pingat pertama sukan olahraga sejak penyertaan pertama Malaysia di Universiade Kobe, 38 tahun lalu.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Pusat Sukan Shuangliu itu, kuartet lelaki yang dibarisi Abdul Wafiy, Muhammad Firdaus, Ruslem Zikry dan Umar Osman mengakhiri saingan saringan pertama di kedudukan ketiga dengan catatan 3 minit 10.98 saat (s).

Turkiye mengungguli saingan dengan catatan 3:06.43s diikuti Afrika Selatan kedua 3:06.97s.

Catatan masa dilakukan kuartet negara meletakkan mereka di kedudukan ketiga terpantas keseluruhan menjelang aksi final malam ini.

Sementara itu, kuartet wanita yang dibarisi Mandy Goh, Zainah Afifah, Teoh Kim Chyi dan Chelsea Cassiopea turut cemerlang apabila mara ke final selepas menamatkan aksi saringan kedua di tempat ketiga dengan catatan 3:44.56s.

Malaysia berada di belakang Algeria yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan 3:39.18s diikuti China kedua 3:40.08s.

Selain itu, dua atlet negara yang beraksi dalam aksi final malam tadi, gagal untuk memenangi sebarang pingat.

Atlet baling tukul besi wanita, Grace Wong sekadar berpuas hati di kedudukan ke-11 dengan catatan 57.22m manakala Queenie Kung yang beraksi dalam acara lempar cakera menduduki tempoat ke-10 dengan catatan 50.56m.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya