Kelly Tan kongsi pengalaman di LPGA dengan pemain junior

Kelly Tan kongsi pengalaman di LPGA dengan pemain junior

golf
Kelly Tan kongsi pengalaman di LPGA dengan pemain junior melalui klinik anjuran Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain golf profesional wanita negara yang kini beraksi di pentas LPGA, Kelly Tan telah berkongsi pengalaman dalam jelajah berprestij itu dengan pemain muda negara melalui klinik anjuran Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA).

Klinik yang diadakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) pada sebelah pagi disertaioleh 14 bakat muda termasuk Pemenang pingat emas Sukan SEA, Ng Jing Xuen.

“Saya fikir ia adalah sesi penting untuk saya dan para gadis. Berada dalam siri jelajah LPGA pada kebanyakan masa, saya rasa seperti saya tidak dapat berhubung dengan generasi baharu pemain golf di Malaysia. Jadi, ini adalah sesuatu yang sangat menggembirakan dapat  bertemu mereka dan berkongsi pengalaman saya.

“Ia juga bagus kerana mereka mengenali saya secara peribadi dan merasakan bahawa mereka sentiasa boleh menghubungi saya untuk bertanya apa saja soalan. Ketika seusia mereka, saya tidak mempunyai individu yang boleh diteladani,” kata Kellty.

Pemain yang berusia 29 tahun itu berkata, dia kagum dengan bakat yang pada pemain junior hari ini.

“Mereka sangat berbakat! Ia bagus untuk melihat begitu ramai gadis bermain golf dan melihat kejayaan mereka pada usia yang begitu muda,” katanya.

Sementara itu Jing Xuen berkata, dia sangat teruja kerana dapat meluangkan masa bersama Kelly dan menimba pengalaman daripadanya.

“Ia benar-benar bagus mendapat peluang bercakap dengan Kelly. Saya banyak belajar hari ini, terutamanya tentang untuk menyertai LPGA Q-School, yang saya rancang untuk lakukan dalam tempoh tiga tahun akan datang,” kata remaja berusia 15 tahun itu.

Jing Xuen baru-baru ini merangkul gelaran Terbuka Amatur Wanita Malaysia untuk mengikuti langkag Kellay yang memenangi acara berprestij tiga kali semasa zaman amaturnya.

Kelly memberi penghormatan kepada MALGA atas sokongan yang diberikan kepadanya semasa dia masih muda, menegaskan bahawa ia adalah penting untuk perkembangannya sebagai pemain elit.

“MALGA menemui saya di kejohanan junior SportExcel ketika saya berumur 14 tahun dan merekrut saya untuk latihan pasukan kebangsaan. Dari situ, mereka menyediakan program pembangunan yang pasti membantu mendorong saya untuk menjadi pemain amatur yang baik.

“Saya tidak akan berada di tempat saya berada hari ini tanpa mereka,” kongsi Tan, yang kini berada di tempat ke-76 dalam Jelajah LPGA musim-Long Race ke kedudukan CME Globe. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya