Jom Cha lancar outlet pertama di stesen minyak Shell, Kampung Jering jadi pilihan

Jom Cha lancar outlet pertama di stesen minyak Shell, Kampung Jering jadi pilihan

Jom cha
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Dalam usaha mencari persekitaran berbeza daripada pasaran dan lokasi konvensional iaitu pusat beli belah dan kawasan tarikan pelancong, Jom Cha by Farm Fresh kini tampil melancarkan kedai flagship di stesen minyak Shell di hadapan Kampung Jering, di Sitiawan, Perak. 

Keputusan ini dibuat berdasarkan hasrat ikhlas untuk membawa produk itu supaya lebih dekat dengan masyarakat terutama di luar bandar.

Ketua Pegawai Eksekutif Farm Fresh JomCha Sdn. Bhd.  Eddie Lim Peng Hun ketika merasmikan premis Jom Cha itu menjelaskan strategi di sebalik pemilihan lokasi unik di kawasan luar bandar.

Katanya, teras kepada keputusan itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, Loi Tuan Ee yang berasal dari Kampung Jering. 

Katanya, walaupun berpindah ke bandar kerana prospek perniagaan, hubungan Loi dengan tempat kelahiran dan penduduknya tetap kukuh.

 “Kisah ini bertambah mendalam apabila pemilik stesen minyak Shell itu, Datuk Koh Mi Keng juga adalah sahabat karib zaman kanak-kanak Loi, menunjukkan minat untuk memperkenalkan kedai Jom Cha. 

“Keserasian hubungan dan peluang ini telah membuka jalan untuk kerjasama eksklusif ini,” jelas Eddie.

 Teh susu Jom Cha dikenali sebagai jenama Malaysia tunggal yang menggunakan susu dan yogurt Farm Fresh, dipadankan dengan bahan-bahan premium, untuk mencipta pelbagai perisa teh susu. 

Sejak diperkenalkan pada Ogos 2022 di pusat membeli belah 1 Utama di Kuala Lumpur, Jom Cha dengan cepat mendapat perhatian, hingga dapat melancarkan lebih dari 20 kedai flagship di seluruh negara dan mengukuhkan kedudukannya di sektor teh susu Malaysia.

Eddie menekankan: “Walaupun pendekatan standard kami menyasarkan kawasan dengan trafik pejalan kaki yang padat seperti pusat beli belah dan hub pelancong, usaha ini melambangkan penghargaan Loi Tuan Ee terhadap asal-usulnya dan menawarkan ujian pasaran yang inovatif.”

Beliau juga menonjolkan keunikan teh susu Jom Cha iaitu berbanding tanggapan umum bahawa teh susu kebanyakannya manis dan disukai oleh golongan muda, Jom Cha menawarkan varian dengan manis yang berkurangan kerana komposisi susu segarnya. 

Ini tidak hanya menonjolkan kekentalannya tetapi juga menawarkan pilihan minuman yang lebih sihat sesuai untuk semua golongan usia.

Koh yang memimpin pembukaan outlet Jom Cha pertama di daerah Manjung dan juga inovator di sebalik kedai flagship di stesen minyak Shell di Malaysia, mendedahkan pengaruh sentimental yang beliau gunakan bersama Loi.

Beliau mengimbas: “Persahabatan masa zaman kanak-kanak kami adalah faktor penting. Walaupun saya mengakui fokus syarikat di bandar, saya mencadangkan nilai simbolik mendalam dalam penubuhan Jom Cha di kampung halaman kami, menyamainya dengan sumber air bersih. Dia segera bersetuju.”

 Selain itu, Koh menekankan lokasi premis Jom Cha yang strategik di Kampung Jering di sepanjang Lebuhraya Ipoh-Lumut sebagai potensi dijadikan tempat rehat dan rawat untuk pelancong. 

“Dengan jenama Jom Cha sebagai kehadiran tunggal di seluruh daerah Manjung, prospeknya menyerlah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya