Impian Partiban wakili Kedah tercapai

Impian Partiban wakili Kedah tercapai

Aksi J.Partiban ketika bersama KL City.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedah Darul Aman (KDA) FC berjaya mendapatkan  J. Partiban bagi menambah sengat di bahagian sayap pasukan itu.

Kehadiran pemain itu akan memberi lebih banyak pilihan kepada pengendali Sang Kenari, Nafuzi Zain dalam merencana strategi berdepan lawan berbeza.

“Kehadiran beliau memberi lebih banyak pilihan dibahagian sayap melalui pengalaman beraksi dengan beberapa pasukan sebelum ini.

“Kepantasan dan gemar membuat hantaran lintang pasti menggerunkan pihak lawan untuk menghalang kombinasi serangan Sang Kenari yang semakin padu,” menurut kenyataan media kelab berkenaan.

Nama Pertiban mula menjadi sebutan peminat bola sepak tempatan ketika dia mewakili Perak dibawah kendalian Mehmet Durokovic.

Pemain berusia 30 tahun itu, turut membantu KL City melangkah ke final Piala AFC dan menjulang Piala Malaysia musim lepas.

“Saya telah lama ingin mewakili Kedah, akhirnya hasrat itu tercapai dan tepat pada waktunya,” ujar Partiban juga pernah menyarung jersi pasukan Sarawak dan Terengganu.

Pemain itu dipinjam daripada KL City dan akan beraksi bersama Kedah sehingga akhir musim ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya