Hujan diramal landa enam negeri esok - MetMalaysia

Hujan diramal landa enam negeri esok – MetMalaysia

hujan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan melanda di satu dua tempat pada sebelah pagi esok di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri. 

Berdasarkan maklumat di laman sesawang MetMalaysia, hujan turut diramal berlaku di Kedah melibatkan banyak kawasan pantai serta mendung di Terengganu, manakala cuaca baik diramal di Kelantan.

Selain itu, MetMalaysia meramalkan ribut petir berlaku pada sebelah petang di satu dua tempat di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, satu dua kawasan pedalaman Negeri Sembilan serta beberapa tempat di Kelantan dan Terengganu.

Suhu sepanjang hari berkenaan diramal 23 hingga 34 darjah Celsius.

Seramai 9.67 juta pengundi akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil mereka di peringkat DUN di enam negeri pada PRN, manakala 122,160 orang layak mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk Parlimen Kuala Terengganu.

Sebanyak 17,048 saluran mengundi disedia di 3,190 pusat mengundi di semua 245 kawasan DUN di enam negeri itu, manakala untuk PRK Parlimen Kuala Terengganu, 217 saluran mengundi disediakan di 41 pusat mengundi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya