PETALING JAYA: Pemain Perancis, Celine Boutier merangkul kejuaraan dua kali berturut-turut dalam siri jelajah LPGA apabila muncul juara di kejphanan Wanita Terbuka Scotland semalam.
Ia adalah gelaran Jelajah Persatuan Golf Profesional Wanita (LPGA) keduanya berturut-turut selepas memenangi kejohana major sulungnya di Kejohanan Amundi Evian di Perancis minggu lalu.
Boutier membawa prestasi cemerlangnya ke Dundonald Links, Scotland dan menang dengan kelebihan dua pukulan ke atas pemain Korea Selatan, Hyo Joo Kim.
Boutier berjaya mengharungi cabaran angin kencang untuk melakukan catatan 69, 68, 66 dan 70 untuk jumlah keseluruhan 15 di bawah par 273.
Kemenangan itu menjadikan Boutier pemain pertama sejak pemain Thailand, Ariya Jutanugarn melakukannya pada tahun 2016 iaitu memenangi kejuaraan wanita berturut-turut.
“Saya tidak fikir atau bermimpi bahawa ia akan berlaku, tetapi ia persembahan saya sangat mengagumkan minggu ini, saya bermain dengan cukup baik.
“Saya berasa seperti mempunyai peluang untuk bertanding minggu ini adalah bonus yang lengkap. Untuk dapat memegang trofi itu sekali lagi adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya
Boutier, yang kini sudah merangkul lima gelaran Jelajah LPGA.
Setelah menduduki tempat kedua dalam acara ini di tempat yang sama tahun lepas, Boutier menyatakan bahawa lapangan Dundonald sesuai dengan permainannya.
“Saya rasa seperti saya dapat melihat lapangan ini dengan baik dan saya berasa cukup selesa. Saya rasa ia sangat mencabar dengan keadaan cuaca yang sukar pada masa-masa, tetapi ia agak menyeronokkan untuk dapat bermain lokasi yang berbeza,” kata pemain berusia 29 tahun itu.
Dengan kemenangan berturut-turut, Boutier menuju ke Terbuka Wanita AIG minggu ini di Walton Kelab Golf Heath di Surrey, England, sebagai pemain pilihan. – UTUSAN