Gading Kencana dianugerahkan kuota solar CGPP 30 MW

Gading Kencana dianugerahkan kuota solar CGPP 30 MW

solar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Tenaga (ST) yang diamanahkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk melaksanakan operasi secara komersial Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP)  menjelang 2025 telah meluluskan permohonan 21 buah syarikat termasuk Gading Kencana Sdn. Bhd. bagi merealisasikan program di bawah New Enhanced Dispatch Arrangement (NEDA) 

ST dalam satu kenyataan hari memberitahu di bawah program itu kerajaan memperuntukkan kuota 800 megawatt (MW) dengan Gading Kencana dianugerahkan kuota 30 MW.

“Permohonan untuk CGPP telah dibuka dari 9 Mei 2023 hingga 31 Disember 2023 atau sehingga jumlah keseluruhan kuota 800 MW yang diperuntukkan telah dilanggan sepenuhnya.

Setakat ini sudah lebih 70 peratus kuota itu dilanggan dan hanya berbaki 236.58 MW yang masih belum dilanggan.

“Keseluruhannya sebanyak 71 permohonan diterima setakat ini dan mereka yang berjaya seperti yang terdapat dalam senarai,” kata kenyataan itu.

Di bawah program CGPP, pelanggan korporat yang layak boleh mengadakan perjanjian yang dipanggil Perjanjian Tenaga Hijau Korporat (CGPA) dengan pengeluar tenaga solar untuk jual beli secara virtual tenaga boleh baharu *TBB) yang dihasilkan oleh loji tenaga solar.

solar

Ini akan membolehkan pelanggan korporat terbabit untuk mengukuhkan imej korporat mereka dalam usaha untuk menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon dioksida dengan menggunakan TBB dan pada masa yang sama disokong oleh bekalan daripada sumber yang dijamin daripada syarikat utiliti elektrik.

Menurut ST, pengeluar tenaga suria yang berjaya disenaraikan itu perlu memohon kepada pembeli tunggal untuk penyertaan dalam program NEDA dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh pemberitahuan bagi status permohonan. 

Kegagalan untuk terus menyertai program NEDA dalam masa yang ditetapkan boleh akan menyebabkan permohonan ini terbatal.

Para pengeluar tenaga suria terbabit juga perlu mematuhi Garis Panduan CGPP sebelum permohonan dibuat kepada NEDA.

Entiti lain yang turut diluluskan permohonanan adalah Cenergi EE Holdings Sdn. Bhd., Coara Solar Sdn. Bhd., Consortium of Angelaxy Power Sdn. Bhd. dan Uzma Environergy Sdn. Bhd., Consortium of Atlantic Blue Sdn. Bhd. and TNB Renewables Sdn. Bhd., Consortium of Conextone Energy Sdn. Bhd. and ENGIE Renewable SEA Pte. Ltd. dan Consortium of JAKS Solar Power Sdn. Bhd., Ann Joo Green Energy Sdn. Bhd. and Fabulous Sunview Sdn. Bhd.

Turut disenaraikan adalah, Consortium of KVC Corporation Sdn. Bhd, Meriah Suria Sdn. Bhd. dan Kuala Berang Solution Sdn. Bhd., Consortium of Nestcon Infra Sdn. Bhd. dan Pristine Multivision (M) Sdn. Bhd., Consortium of Reservoir Link Renewable Sdn. Bhd., Sumitomo Corporation dan Maqo Engineering Sdn. Bhd., Consortium of Salcon Berhad dan KAB Smart Solar Energy Sdn. Bhd., Consortium of Savelite Engineering Sdn. Bhd., Blazing Solar Sdn. Bhd. dan TNB Renewables Sdn. Bhd., Consortium of Shizen Malaysia Sdn. Bhd., HSS Engineering Sdn. Bhd., Solarvest Asset Management Sdn. Bhd. dan Aziho Trading Sdn. Bhd. serta Consortium of Solar Citra Sdn. Bhd. dan Total Energies Renewables SAS.

Selain itu adalah Mega First Power Industries Sdn. Bhd., Pekat Teknologi Sdn. Bhd., Sime Darby Plantation Renewable Energy Sdn. Bhd., Solarcity REIT Sdn. Bhd., Starken AAC Sdn. Bhd., Sunway Construction Sdn. Bhd., Tanah Matahari Sdn. Bhd. dan TNB Renewables Sdn. Bhd. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya