FIFA sekat Kelantan daftar pemain baru

FIFA sekat Kelantan FC daftar pemain baru

KELANTAN FC masih belum dilepaskan kes sepenuhnya dengan FIFA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelantan FC telah menerima surat daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam susulan kes yang masih gagal diselesaikan kelab berkenaan.

Difahamkan dalam surat itu memaklumkan arahan hukuman sekatan perpindahan dan pendaftaran pemain baharu berkuat kuasa serta merta ke atas Kelantan FC.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membenarkan kelab itu boleh mendaftar pemain baharu pada jendela perpindahan kedua pada Jun lalu kerana FIFA belum mengeluarkan arahan sekatan perpindahan pemain kepada Kelantan FC.

Terdahulu, Kelantan FC dipalit dengan beberapa isu termasuklah membabitkan bekas pemain dan jurulatih pasukan tersebut yang membawa kes ke FIFA untuk tindakan lanjut.

Malah, ejen dari Korea Selatan, Myeongho Jeong di laman Instagram miliknya turut mendakwa bekas pengendali Kelantan FC Choi Moon Sik telah memenangi kes yang difailkan mereka kepada FIFA.

Nama kelab itu terus hangat di FIFA apabila bekas pemain import mereka, Kervens Belfort pula menang kes yang difailkan menentang pasukan berkenaan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya