Fabinho lengkapkan perpindahan ke Al-Ittihad

Fabinho lengkapkan perpindahan ke Al-Ittihad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain tengah Brazil, Fabinho melengkapkan perpindahan ke Al-Ittihad dengan kontrak tiga tahun, umum juara Liga Pro Saudi itu hari ini.

Butiran kewangan tidak didedahkan tetapi media Britain melaporkan Ittihad yang dikenali sebagai Tigers membayar 40 juta pound (RM232.61 juta) untuk pemain berusia 29 tahun itu.

Pernah membuat 29 penampilan bersama Brazil, Fabinho menyertai Liverpool dari Monaco pada 2018 dengan yuran perpindahan 39 juta pound (RM226.79 juta).

Al-Ittihad menyiarkan video di Twitter dengan tajuk ‘Harimau dibenarkan lulus’ merujuk kepada laporan media bahawa perjanjian itu mungkin ditangguhkan kerana baka anjing Fabinho yang dilarang memasuki Arab Saudi.

Video itu Fabinho memegang seekor harimau dan berkata: “Saya Harimau.”

“Hari ini saya meninggalkan rumah (Liverpool) saya .

“Sudah lima tahun memakai jersi ini dengan penuh penghormatan dan kebahagiaan terbesar. Saya sayang kelab ini.

“Terima kasih, Reds, untuk semua yang kita lalui bersama. Anda tidak akan pernah berjalan sendirian,” tulia Fabinho.

Fabinho akan menyertai pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema dan bekas pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante di kelab yang berpangkalan di Jeddah itu.

Pemain antarabangsa Brazil itu membuat 219 penampilan untuk Liverpool sejak ketibaannya pada 2018, dan membantu mereka merangkul kejuaraan Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Piala FA, Piala Liga dan Piala Super UEFA.

Jordan Henderson juga meninggalkan Liverpool minggu lalu untuk menyertai Al-Ettifaq pimpinan Steven Gerrard di Arab Saudi.

Liga Pro Saudi telah menjadi destinasi menarik untuk pemain berprofil tinggi sejak Cristiano Ronaldo berpindah ke Al-Nassr Januari lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya