Exco Terengganu diselaras dengan kerajaan Pusat - Utusan Malaysia

Exco Terengganu diselaras dengan kerajaan Pusat

AHMAD Samsuri Mokhtar (duduk, tengah) bergambar bersama barisan Exco baharu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini mengumumkan senarai portfolio seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang mengangkat sumpah jawatan semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, terdapat beberapa penstrukturan dan penjenamaan baharu terhadap pembahagian portfolio Exco pada penggal kali ini.

“Ia dibuat untuk melancarkan lagi pentadbiran kerajaan negeri agar selaras dengan jabatan serta agensi kerajaan di peringkat Pusat.

“Saya telah mengarahkan agar setiap jawatankuasa ini bergerak dengan kelajuan gear tiga dan menetapkan hala tuju yang sama dengan PITAS (Pelan Induk Terengganu Sejahtera) serta Belanjawan 2023 yang berbaki empat bulan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco yang pertama selepas dilantik semula menjadi Menteri Besar di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, beliau akan mempengerusikan portfolio Jawatankuasa Ekonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber manakala ADUN Paka, Datuk Satiful Bahari Mamat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan.

Menurutnya, ADUN Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah akan mempengerusikan Jawatankuasa  Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala ADUN Batu Buruk, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi mempengerusikan Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah.

Tambahnya lagi, ADUN Jabi, Dr. Azman Ibrahim akan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi manakala ADUN Kota Putera, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman mempengerusikan jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau.

“Selain itu, ADUN Chukai, Hanafiah Mat dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar (termasuk skop pengurusan bencana) manakala ADUN Ajil, Maliaman Kassim mempengerusikan jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional.

“ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim pula mempengerusikan jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO manakala ADUN Alor Limbat mempengerusikan jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

“ADUN Kijal, Datuk Razali Idris pula akan mempengerusikan jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan perubahan Iklim,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya