Addeen rangkul gelaran di Terbuka Costa North Coast

Addeen rangkul gelaran di Terbuka Costa North Coast

MUHAMMAD Addeen Idrakie Bahtiar (kanan) bersama Tanvi Khanna menjuarai Terbuka Costa North Coast di Australia, semalam. - Ihsan PSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain skuasy negara, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar menebus kekecewaannya setelah terlepas gelaran kebangsaan, baru-baru ini, apabila muncul juara pada Terbuka Costa North Coast di Australia, semalam.

Pada perlawanan akhir itu, Addeen yang menghuni ranking ke-69 dunia dan diletakkan sebagai pilihan pertama menumpaskan pemain India, Velevan Senthilkumar 11-8, 11-2, 11-9 dalam masa 35 minit.

Bagaimanapun, dalam saingan wanita, wakil Malaysia, Chan Yiwen yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kecundang di tangan Tanvi Khanna juga dari India 11-7, 10-12, 10-12, 8-11 dalam masa 39 minit.

Addeen dalam kenyataannya kepada media berkata, dia memberi fokus sepenuhnya kepada permainan, selain, strategi yang menjadi antara penyumbang kepada kejayaannya itu.

“Saya juga cuba untuk lebih berdisiplin dan dari segi persediaan mental untuk final, saya amat positif.

“Ini merupakan perlawanan yang amat sukar biarpun saya menang dengan keputusan 3-0,” kata Addeen.

Selepas ini, Addeen bakal menyertai Kejohanan Skuasy Trofi Tuanku Mukhriz pada 23 hingga 27 Ogos ini di Seremban, Negeri Sembilan.

Diletakkan sebagai pilihan ketiga pada kejohanan itu, Addeen akan turut berentap bersama juara kebangsaan 2023, Ivan Yuen yang turun sebagai pilihan keempat.

“Pada kejohanan di Seremban yang bermula 23 Ogos ini, saya mendapat bye pada pusingan pertama.

“Jadi, sebaik pulang dari Australia, saya masih ada masa untuk mempersiapkan diri,” ujarnya yang juga akan terbang ke China bagi menyertai Sukan Asia di Hangzhou, bulan depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya