ACL: JDT, Ulsan Hyundai , Kawasaki Frontale berjodoh lagi

ACL: JDT, Ulsan Hyundai , Kawasaki Frontale berjodoh lagi

JDT berada di Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal berdepan saingan sengit pada kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini apabila diundi dalam Kumpulan I bersama kelab dari Jepun dan Korea Selatan serta satu lagi pasukan dari Thailand.

Menerusi undian yang diadakan di AFC House di sini hari ini, JDT yang dibimbing Esteban Solari perlu berhadapan bekas juara ACL pada musim 2020 iaitu Ulsan Hyundai FC dari Korea Selatan dan juara Liga Jepun 2021, Kawasaki Frontale.

Pada masa sama, tentangan sengit juga bakal hadir dari Thailand, BG Pathum United yang buat kejutan pada aksi Kelayakan ACL Selasa lalu dengan menundukkan kelab China, Shanghai Port menerusi kemenangan 3-2 di China.

Bagaimanapun, skuad Harimau Selatan memiliki sedikit kelebihan psikologi di mana pada musim lalu, JDT pernah menumbangkan Ulsan Hyundai sebanyak dua kali serta mengikat Kawasaki Frontale di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadikan venue berpusat.

Namun untuk saingan musim ini, format pertandingan diubah di mana aksi ‘home’ dan ‘away’ bakal menghantarkan perebutan buat keempat-empat pasukan untuk muncul dua terbaik bagi mara ke pusingan 16 terbaik dari Zon Timur.

Solari berharap pada aksi di laman sendiri nanti, Stadium Sultan Ibrahim akan dipenuhi penyokong bagi memberi sokongan sekali gus membangkit rasa gerun kepada lawan dan memberi motivasi kepada pemain skuad Harimau Selatan.

“Tentu sekali sokongan penyokong sangat penting, saya harap bukan hanya penyokong JDT hadir tetapi seluruh Malaysia akan beri kami sokongan kerana kami mewakili Malaysia,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya