Wanita akan kahwini lelaki yang menikamnya sebanyak 16 kali

Wanita rela kahwini lelaki yang menikamnya sebanyak 16 kali

wanita
Eka Wahyu Lestari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASAHAN, Sumatera Utara: Walaupun hampir maut kerana ditikam sebanyak 16 kali, namun seorang wanita, Eka Wahyu Lestari, 23, membuat keputusan untuk berkahwin dengan teman lelaki yang menikamnya itu.

Eka berkata, dia dan lelaki berkenaan Fika Andrean Banjarnahor, 21, merancang untuk melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Katanya, dia merasakan Andrean tidak ada niat untuk membunuh dan menjelaskan kejadian itu berlaku disebabkan pertengkaran antara mereka.

“Sebenarnya dia tidak ada rancangan untuk membunuh saya. Itu hanyalah pertengkaran biasa. Biasalah orang berpacaran ada bertengkar, selisih paham sehingga kami bergaduh di dalam kereta. Terjadi pertengkaran yang membuat kami terluka antara satu sama lain,” ujar Eka seperti yang dipetik dari Detikcom.

Eka menolak dakwaan pergaduhan itu terjadi karena dia meminta wang daripada Andrean untuk menggugurkan kandungan.

“Itu tidak benar,” katanya.

Eka menyebut luka tikaman telah sembuh dan setelahnya dia dibenarkan pulang ke rumah perkara itu telah dibincangkan dengan keluarga kedua-dua belah pihak.

“Kami juga pihak keluarga juga sudah berdamai, saya kini menguruskan penarikan balik laporan supaya dia dapat dibebaskan kerana kami punya rancangan menikah,” katanya.

“Sebenarnya kami sudah menjalani hubungan yang serius dan ingin menikah. Jadi tinggal menunggu proses perdamaian saja untuk membebaskan dia,” ujarnya.

Sebelum ini media melaporkan Eka mengalami kecederaan selepas ditikam 16 kali oleh teman lelakinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya