Tze Yong tumbangkan Kean Yew di Jepun

Tze Yong tumbangkan Kean Yew di Jepun

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kurang seminggu selepas tumpas kepada Loh Kean Yew di Korea, Ng Tze Yong menebus dendam dengan menyingkirkan juara dunia 2021 itu dalam aksi pembukaan badminton Terbuka Jepun di Tokyo, sebentar tadi.

Tze Yong, 23, memerlukan 41 minit untuk menumpaskan pilihan ketujuh dari Singapura itu 21-16, 21-17.

Kemenangan tersebut membolehkan pemain No. 23 dunia itu mengatasi Kean Yew dalam rekod pertemuan mereka menjadi 2-1 selepas turut mengalahkannya pada suku akhir Sukan Komanwel di Birmingham tahun lalu.

Tahun ini, Tze Yong telah melepasi suku akhir dalam lima kejohanan Jelajah Dunia, dan jika dia meneruskan kecemerlangan di Jepun serta Australia minggu depan, pemain kelahiran Johor itu mampu menempatkan diri dalam kelompok 20 terbaik dunia.

Tze Yong kalah 20-22, 19-22 kepada Kean Yew di Korea, Jumaat lalu akan menentang pemenang di antara dua jaguh tuan rumah, Kento Momota dan Koki Watanabe pada pusingan kedua di Tokyo esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya