Transformasi seni Bauhaus dalam fesyen

Transformasi seni Bauhaus dalam fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SENI lukisan adalah sumber inspirasi yang hebat dalam dunia fesyen.

Corak, warna dan tekstur yang terdapat dalam lukisan boleh diaplikasikan dalam rekaan kain serta pakaian.

Lukisan bunga yang indah dan berwarna-warni, misalnya dapat memberi inspirasi untuk mencipta corak bunga yang menarik pada baju atau kain.

Penggunaan elemen-elemen seni seperti garisan, bentuk dan gabungan warna yang terdapat dalam lukisan juga dapat menghasilkan rekaan fesyen yang unik serta mencuri perhatian.

Para pereka fesyen antarabangsa juga sering mendapatkan inspirasi daripada karya seni ikonik dalam mencipta rekaan yang unik bagi gaya harian.
Sebagai contoh, Yves Saint Laurent dan karya Composition oleh Piet Mondrian.

Pada 1965, Saint Laurent mencipta koleksi dikenali sebagai Mondrian yang diinspirasikan daripada seni abstrak pelukis terkenal Belanda, Piet Mondrian.

Saint Laurent menggabungkan blok geometri warna primer yang menjadi ciri khas seniman itu ke dalam rekaannya.

Koleksi tersebut menjadi ikonik dengan gaun-gaun yang menampilkan pemisahan warna berani.

Selain itu, seorang lagi pereka fesyen terkemuka 1920-an, Elsa Schiaparelli turut bekerjasama dengan seniman terkenal Salvador Dalí dalam menghasilkan rekaan yang inovatif dan surreal.

Salah satu ciptaan ikonik mereka ialah gaun, lobster dress yang menampilkan corak ketam surrealism sekali gus memberikan nafas baharu kepada rekaan tersebut.


Untuk minggu ini, pilihan saya adalah pereka muda, Muhammad Aiman Ajwad Baharudin yang memilih gerakan seni dan reka bentuk berpengaruh, Bauhaus.

Reka bentuk ini diilhamkan oleh poster manifesto Bauhaus yang menekankan pada garisan bersih, bentuk geometri dan penggunaan warna-warna primer seperti merah, biru dan kuning yang disatukan dengan hitam dan putih.

Corak geometri dan garis lurus atau melengkung juga menjadi ciri khas seni lukis Bauhaus.

Pengaruh seni lukis Bauhaus dalam koleksi Muhammad Aiman Ajwad itu turut menampilkan gaya jaket dengan rekaan yang moden, minimalis dan inovatif.

Koleksi ini menggunakan gabungan karla silk, mesh, neoprene, ribbed, Japanese cotton, cotton tape dan fabrik lutsinar untuk gaya harian.

Jaket daripada koleksi ini menawarkan pelbagai pilihan bagi wanita dan lelaki untuk tampil urban dengan sentuhan berani dan timeless.
Ia boleh dipadankan dengan jeans atau skirt untuk penampilan kasual.

Tips saya, pastikan warna dan gaya jaket selari dengan seluar denim dan sentiasa pilih ukuran yang sesuai agar padanan kelihatan on-point.
Untuk skirt midi atau maxi, jaket daripada koleksi ini dapat memberikan sentuhan yang edgy dan berani.

Pilih jaket pendek yang menampakkan pinggang anda dan padankan dengan skirt panjang. Gaya ini akan memberikan keseimbangan antara bahagian atas dan bawah. Jika mahu kelainan, pilihlah skirt A-line atau pensel untuk mencipta gaya tersendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya