smart Malaysia yakin sambutan EV penuhnya, smart #1 - Utusan Malaysia

smart Malaysia yakin sambutan EV penuhnya, smart #1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pratonton kenderaan elektrik penuh smart #1 keluaran smart Malaysia di Pentas Ekspo Kenderaan Elektrik (EVx) bermula Jumaat hingga hari ini merupakan penampilan istimewa bagi memperkenalkan jenama kenderaan itu di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, penampilan julung kali kenderaan elektrik (EV) itu membuktikan syarikat berkenaan berjaya mencatat kemajuan yang cemerlang dalam melangkah ke fasa baharu.

Menurut beliau, smart Malaysia juga yakin dengan sambutan daripada pasaran tempatan ke atas EV penuhnya itu yang menawarkan mobiliti urban premium disamping pengalaman yang unik.

“Ramai di kalangan peminat EV berkemungkinan mempunyai minat yang tinggi dalam teknologi EV, mengikuti berita industri dan sentiasa mendapat maklumat mengenai perkembangan terkini di Malaysia.

“Oleh itu, kami berharap smart #1 akan memberi pengalaman yang lebih unik dan menarik kepada peminat apabila mereka mengenali EV ini dengan lebih dekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Zhang Qiang berkata, reka bentuk luaran smart #1 yang unggul dengan DNA reka bentuk terbaharu, dicipta menerusi rangkaian Reka Bentuk Mercedes-Benz global.

Ujar beliau, elemen reka bentuk utama termasuk bumbung halo panoramik terapung, pemegang pintu tersembunyi, pintu tanpa bingkai, dan lampu belakang CyberSparksLED+ Matrix Adaptive LED, menjadi faktor utama unik yang membangkitkan keterujaan terhadap penampilan smart #1.

“Dengan reka bentuk yang diinspirasi oleh Mercedes-Benz dan teknologi canggih, smart #1 bersedia untuk mentakrifkan semula pengalaman pemanduan sekaligus menaikkan standard EV bagi pasaran tempatan,” katanya.

Sebagai pengimport dan pengedar rasmi kenderaan smart di Malaysia dan Thailand, smart Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa penantian memiliki smart #1 bakal berakhir apabila ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada suku keempat tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya