PETALING JAYA : Seorang pembantu kepada pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.
Penahanan suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira pukul 10 malam semalam di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.
Menurut sumber, perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 24 Julai dikeluarkan oleh Majistret M. Mageshwary selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.
“Wanita tersebut sebelum ini direman selama tiga hari sehingga hari ini, manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang turut direman dibebaskan pagi tadi,” katanya di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009,” jelasnya. – UTUSAN