Rumah kebajikan rayu sumbangan kewangan

Rumah kebajikan rayu sumbangan kewangan

RUMAH Titian Ashraful Rohaniah di Teluk Intan yang memerlukan sumbangan orang ramai untuk menampung kos operasi. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Rumah kebajikan, Rumah Titian Ashraful Rohaniah di sini mengalami masalah kewangan untuk menampung kos operasi berikutan kurangnya sumbangan orang ramai kepada pusat itu.

Pemilik pusat kebajikan itu, Rohana Saidin, 69, berkata, pusat itu mempunyai 80 penghuni yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak dengan 10 pekerja yang menjaga mereka,.

Menurutnya, kos operasi semakin meningkat namun sumbangan orang ramai semakin berkurang disebabkan faktor ekonomi.

“Kami terpaksa berjimat untuk meneruskan operasi kerana perlu menanggung kos pengurusan, perubatan dan makanan yang semakin meningkat tetapi bantuan kewangan amat berkurangan.

“Kebanyakan warga emas di sini sakit dan terlantar, mereka memakai lampin pakai buang yang sudah tentu memerlukan kos,” katanya kepada Utusan Malaysia. Menurutnya, kerana kekurangan dana, pusat itu mengalami tunggakan bil utiliti air dan elektrik sejak tiga bulan lalu. “Selain itu barang keperluan harian seperti makanan juga melibatkan kos yang tinggi disebabkan kenaikan harga barangan seperti ikan 10 hingga 15 kilogram, manakala beras 10 sehingga 20 kilogram sehari.

“Sehubungan itu kami me­rayu sumbangan orang ramai untuk menampung operasi pusat ini,” katanya.

Sumbangan boleh dima­sukkan ke akaun CIMB 8004770447 dan sumbangan boleh diberikan terus di pusat kebajikan itu di No.53B, Kampung Selabak Luar Batu 3, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya