'RM5 juta kebawah, saya takkan jual (Kelantan FC)'

‘RM5 juta ke bawah, saya takkan jual (Kelantan FC)’

NORIZAM Tukiman bersediakan melepaskan Kelantan FC asalkan pembeli baharu itu menunjukkan proof of fund bagi menjamin masa depan kelab itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menegaskan individu yang berhajat membeli saham The Red Warriors (TRW) sepenuhnya perlu menyediakan dana melebihi RM5 juta.

Jelasnya, berpandangan bahawa harga Kelantan FC lebih tinggi daripada nilai terbabit berdasarkan kepada situasi kelab yang bebas hutang dan tanpa sebarang bebanan kewangan lain.

Ketika ditanya individu yang telah menyatakan minat untuk memiliki kelab itu, Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata, ketika ini, selain daripada usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida, terdapat seorang lagi individu lain iaitu ‘tokey’ gimnasium yang berpengkalan di Kuala Krai, Kelantan.

Begitupun, beliau enggan menjelaskan butiran lanjut berkaitan pembelian kelabnya itu kerana perkara terbabit masih terlalu awal untuk mengatakan Kelantan FC bakal bertukar tangan dalam tempoh terdekat ini memandangkan segala terma dan syarat belum lagi dibincangkan bersama individu terbabit.

“Saya mahu mereka yang tawarkan .. tapi kalau setakat RM5 juta kebawah, saya takkan jual dan akan teruskan pegang.

“Ini kerana, Kelantan FC sudah bebas hutang dan banyak perbelanjaan saya keluarkan pada peringkat awal untuk memastikan pasukan tidak dipalit dengan isu kewangan dan membawa kelab itu kembali berada di Liga Super.

“Setakat ini, saya ada terima dua tawaran untuk ambik alih Kelantan FC namun ianya hanya perjumpaan awal untuk tunjuk minat sebelum langkah seterusnya.

“Yang minat adalah Vida dan salah satu Penaja Kelantan FC musim ini, Saudara Erfan Akif Ruslan pemilik Erfan Gym & Fitness,” katanya, ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Norizam menafikan dakawaan bahawa beliau telah berhubung dengan pengasas dan pemegang saham utama Berjaya Corp Berhad (BCorp), Tan Sri Vincent Tan dengan menawarkan 40 hingga 50 peratus pegangan saham kelab.

“Untuk makluman itu semua sekadar khabar angin,” katanya ringkas ketika ditanya berkaitan dakwaan berkenaan.

Kelantan FC sememangnya mahu dijual dalam tempoh terdekat ini namun perlu diserahkan kepada individu berkelayakan bagi membawa pasukan itu ke tahap lebih tinggi.

Vida berminat untuk mengambil alih Kelantan FC demi menyelamatkan kelab itu yang ketika ini didakwa berdepan isu kewangan dan juga bercadang meletakkan anaknya, Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin atau Kacak bagi menguruskan pasukan terbabit.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya