PRN : Polis pantau 16 kawasan 'panas' di Kelantan

PRN : Polis pantau 16 kawasan ‘panas’ di Kelantan

MUHAMMAD Zaki Harun (berdiri, kiri) mengaminkan doa semasa hadir ke rumah Yusoff Hussain pesara polis yang mengalami sakit kronik bagi menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara di Kampung Tanjong Mas, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis mula memantau 16 lokasi ‘panas’ yang telah dikenal pasti sepanjang tempoh pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lokasi itu melibatkan Kota Bharu, Machang dan Gua Musang.

Menurutnya, penyokong, sejarah parti dan penglibatan individu di kawasan berkenaan antara perkara yang diambil perhatian oleh polis.

“Pada masa sama, kita turut memberi tumpuan dan perhatian di kawasan-kawasan lain bagi memastikan PRN berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara dan katil kepada pesara polis Yusoff Hussain,80, yang menghidap saraf saraf di rumahnya di Kampung Tanjong Mas di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, setakat ini pihaknya masih belum menerima permohonan daripada mana-mana parti politik untuk mengadakan ceramah umum atau pelanjaran jentera PRN.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kes tembak melibatkan rumah dan kereta milik penjawat awam di Kampung Guntong, Kok Lanas pada Jumaat lalu.

Katanya, Polis Kelantan meminta semua pihak supaya memberi ruang bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Kita sedang mengadakan mesyuarat di peringkat tertentu berkait kes ini dan ia bukan tugas mudah.

“Siasatan membabitkan beberapa perkara dan kita perlu berhati-hati agar tidak menimbulkan kesukaran kepada keluarga yang terbabit,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya