Perkhidmatan kesihatan awam di Melaka tidak terjejas - Utusan Malaysia

Perkhidmatan kesihatan awam di Melaka tidak terjejas

ZALIHA Mustafa (tengah) memperkatakan sesuatu kepada jururawat ketika mengadakan lawatan kerja ke Klinik Desa Pulau Bahagia, Manir, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perkhidmatan kesihatan awam di Melaka tidak terjejas walaupun dilaporkan terdapat isu kekurangan pegawai perubatan di negeri itu ketika ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, semua perkhidmatan fasiliti kesihatan awam di negeri tersebut masih berjalan dan berfungsi seperti biasa.

“Sekarang ini memang tengah ada (penempatan semula) pegawai (perubatan) di seluruh negara.

“Bahagian Sumber Manusia kementerian memang telah kenal pasti mana (pegawai perubatan) yang perlu dinaikkan (pangkat), penempatan tetap dan sebagainya.

“Namun, perkhidmatan kesihatan awam tidak boleh terjejas. ia akan diselaraskan dan kita akan hantar pegawai perubatan di sana dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Klinik Desa Pulau Bahagia dekat Manir di sini, hari ini.

Semalam, tular di media sosial mengenai isu kekurangan pegawai perubatan di Melaka bermula Julai berikutan penempatan pegawai lantikan tetap ke fasiliti kesihatan KKM di luar negeri itu.

Sebuah surat pekeliling bertarikh 30 Jun turut tular dengan pelan perancangan untuk menangani isu kekurangan pegawai perubatan yang berlaku bagi mengelak kes kesesakan di hospital.

Pekeliling itu memaklumkan hanya kes kecemasan diberi keutamaan untuk rawatan di Jabatan Perubatan hospital itu manakala, kes-kes bukan kecemasan boleh dirujuk ke klinik pakar berkaitan atau klinik-klinik kesihatan yang berhampiran.

Dalam pada itu, beliau berkata, KKM telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM200,000 bagi melaksanakan kerja-kerja pendawaian semula dan menaik taraf sistem elektrik di empat buah klinik iaitu di Klinik Kesihatan Seberang Takir, Klinik Kesihatan Bukit Tunggal, Klinik Desa Pengadang Baru dan Klinik Desa Medan Jaya, Marang.

“Selain itu, kita juga bersetuju meluluskan sebanyak RM150,000 bagi pembelian peralatan perubahan untuk kegunaan klinik-klinik di seluruh negeri Terengganu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya