Op Cantas kesan khianat bendera, pantau isu 3R

Op Cantas kesan khianat bendera, pantau isu 3R

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Op Cantas bagi mengesan kesalahan-kesalahan sepanjang kempen pilihan raya ne­geri (PRN) kali ini.

Antaranya, kesalahan khianat kain rentang, bendera parti selain memantau sebarang provokasi dan komen-komen berunsur hasutan di media sosial.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Op Cantas sebenarya bermula sejak Mei lalu bagi memastikan kelancaran semasa proses berkempen dan pengundian dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.

“Op Cantas ini menjalankan risikan, pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan sepanjang pro­ses PRN.

“Kita juga memantau kenyataan terutama di media sosial mempunyai unsur 3R iaitu raja (ro­yalty), agama (religion) dan kaum (race),” kata­nya ketika dihubungi di sini semalam.

Dalam pada itu, Ra­zarudin turut mengingatkan kepada ahli politik agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berbentuk provokasi terutama membabitkan isu 3R.

“Ini termasuk pengundi-pengundi, diingatkan menjaga pertuturan ketika menggunakan media sosial agar tidak menyentuh hal-hal sensitif dalam menjaga keharmonian ketika musim PRN,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan masyarakat supaya tidak terikut dan terpe­ngaruh dengan kempen mencerca dan memaki hamun orang lain sepanjang kempen PRN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya