Mangsa lemas kepala air baru sebulan kerja di hutan tempat kejadian - Utusan Malaysia

Mangsa lemas kepala air baru sebulan kerja di hutan tempat kejadian

ANGGOTA polis menurunkan salah seorang mangsa lemas tragedi kepala air di Jabatan Perubatan Forensik HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/ TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Suami mangsa lemas dalam tragedi kepala air berdekatan Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, kelmarin, Azizah Eiyi, 40, baru sebulan bekerja di kawasan hutan di lokasi kejadian.

Sepupu kepada Azizah iaitu Muhammad Syamsul Musa, 37, berkata, Karim Abdullah, 39, yang merupakan salah seorang daripada 10 mangsa yang hilang dalam kejadian itu bekerja sebagai pemandu jengkaut di kawasan hutan itu.

“Suami Azizah (Karim) baru sebulan bekerja sebagai pemandu jengkaut di kawasan hutan itu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Menurut Muhammad Syamsul yang tinggal di Kampung Baru, Seberang Takir, dia mendapat tahu kejadian menimpa keluarga mangsa dan seorang lagi iaitu tunang anak mangsa, semalam.

“Kali terakhir saya bertemu keluarga mangsa kira-kira tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri ketika ibu saya meninggal dunia di kampung halaman di Sungai Besar, Selangor.

“Isteri Karim iaitu Azizah Eiyi, 40, adalah sepupu saya dan mereka sekeluarga adalah yang paling rapat dengan saya dan menjadi tempat menumpang kasih sayang,” ujarnya.

Terdahulu trak polis membawa jenazah Azizah dan salah seorang anak lelakinya, Muhammad Zulqarnain Haikal, 11,ng ditemukan semalam tiba di Jabatan Perubatan Forensik HSNZ untuk proses bedah siasat jam 10 pagi tadi.

Mayat dua beranak dari Felda Lepar Hilir, Pahang itu ditemukan kira-kira pukul 12.45 tengah hari dan 5 petang semalam.

Ketika ini, lapan lagi mangsa dipercayai masih hilang iaitu Karim serta enam anaknya, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, Putri Alleya Maisarah, 16, Putri Nor Fatin,14, Putri Nurerina Natasya,10, Muhammad Haziqah Ziqree, 6, dan Putri Aryana Umaira, empat tahun.

Seorang lagi mangsa dipercayai hilang dan turut menyertai keluarga tersebut berkelah ialah tunang Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Salman, 24, dari Batu Pahat, Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya