Mahsuri bekerjasama dengan FIM tawar biasiswa bidang kulinari

Mahsuri bekerjasama dengan FIM tawar biasiswa kepada bakat muda dalam bidang kulinari

mahsuri
Penerima biasiswa kumpulan pertama Chef Muda Mahsuri bersama wakil Mahsuri Mohd Jazri Ikmal Hijjaz, Pengurus Kanan Komersial Mahsuri dan Datuk Mohd Roslan Mahayudin, Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri (enam dan tujuh dari kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahsuri Food Sdn. Bhd. (Mahsuri) komited dalam memberi manfaat kepada masyarakat melalui program Chef Muda Mahsuri dengan menyediakan peluang biasiswa kepada mereka yang ingin mengasah kemahiran kulinari menerusi Kursus Sijil Kehadiran Masakan Melayu di Institut Makanan Malaysia (FIM).

Pengarah Bukan Eksekutif Mahsuri, Datuk Mohd. Roslan Mahayudin berkata, terdapat banyak biasiswa yang disediakan diluar sana untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berhasrat untuk meneruskan pelajaran dalam kursus profesional.

“Oleh yang demikian, sebagai pengeluar sos dan perasa, kami berharap dapat mencipta peluang untuk mereka yang berminat dalam seni kulinari dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam bidang ini,” katanya.

Mahsuri percaya dapat memberi impak positif kepada komuniti tempatan dengan tumpuan khusus dalam memperkasakan bakat muda. Menerusi Chef Muda Mahsuri,

Mahsuri akan menyediakan biasiswa kepada 10 orang pelajar Sijil Kehadiran Masakan Melayu di FIM. Biasiswa ini termasuk yuran pengajian, penginapan dan elaun yang mendukung latihan kulinari mereka selama tujuh bulan
dan 3 bulan penempatan kerja.

Pada acara pelancaran yang diadakan hari ini di FIM, Roslan berharap melalui program Chef Muda Mahsuri, lebih ramai chef profesional di Malaysia dapat memberi inspirasi kepada generasi muda yang mempunyai cita-cita untuk terlibat dalam bidang ini.

Dengan kerjasama FIM, program ini akan memberi latihan yang bermanfaat agar dapat meningkatkan serta memupuk chef muda yang berbakat menjadi profesional pada masa akan datang sekali gus menyumbang kepada
pembangunan i ndustri kulinari Halal Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang Mahsuri, sila layari www.mahsurifood.com.my. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya