Jus buah asli Grante bantu tingkat kesihatan - Utusan Malaysia

Jus buah asli Grante bantu tingkat kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan produk jus buah asli jenama Grante yang meluas dengan setiap jus mempunyai set vitamin yang unik boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi, membuang toksin dari badan dan membantu penghadaman selain mampu mengurangkan risiko penyakit kronik.

Pengarah Urusan Kador Sdn. Bhd, Mahdi Ammari berkata, sebagai pengedar eksklusif jus Grante di Malaysia sejak 2016, produk ini turut mempunyai sijil halal,  sekali gus telah menarik minat pengguna dari negara Arab, Saudi, Dubai, Indonesia dan India selain Malaysia.

“Produk yang berasal daripada Azerbaijan ini menawarkan pelbagai jenis air buah asli tanpa gula tambahan termasuk, jus Delima (ditapis dan tidak ditapis) yang merupakan produk terlaris, Anggur Hitam, Delima-Ceri, Epal serta Superfruits (campuran pelbagai buah).

“Kami sasar untuk meningkatkan populariti tempatan jus ini terutamanya kepada pasaran muslim dengan mengimport produk Grante ini ke dalam negara. Kebanyakan pelanggan kami setakat ini adalah daripada Selangor, Lembah Klang, Kelantan dan Terengganu.

“Kami mengedar produk Grante ini kepada Ben’s Independent Grocer, Giant, Hero Market, Jaya Grocer, myNEWS.com, The Food Merchant, Village Grocer, MBG FruitShop dan pelbagai kedai runcit lain,” katanya ketika ditemu bual Utusan Malaysia di Pameran Perdagangan Makanan dan Minuman Antarabangsa Malaysia (MIFB) 2023, baru-baru ini.

Jus-jus buah Grante telah dihasilkan tanpa menggunakan pemanis tiruan, pengawet atau perasa.

Vitamin C, Vitamin K dan folat adalah antara vitamin, mineral dan antioksidan yang terdapat dalam jus Delima Grante.

Bagi jus Ceri Grante dan Anggur Hitam pula mempunyai kandungan antioksidan tinggi yang boleh membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas, berpotensi menurunkan tekanan darah serta mempunyai kualiti anti-radang.

Jus Anggur hitam juga berpotensi membantu penghadaman memandangkan buah anggur mempunyai bahan seperti serat dan tanin.

Negara Azerbaijan telah diiktiraf sebagai negara yang menghasilkan pelbagai jenis buah-buahan yang berkualiti tinggi yang sering digunakan untuk membuat jus asli.

Grante telah menanam buah delima mereka sendiri untuk produknya di mana ladang-ladang tersebut merangkumi 2,000 hektar pokok delima dan setiap tahun menyediakan 2,000 tan buah delima yang segar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya