Inisiatif Payung Rahmah rahmat buat OKU

Inisiatif Payung Rahmah rahmat buat OKU

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahudin Ayub beramah mesra dengan wakil komuniti pemandu orang kurang upaya (OKU) Grab selepas Pelancaran inisiatif Payung Rahmah bersama Jaya Grocer dan Grab Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini. – UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Inisiatif Payung Rahmah membawa rahmat besar kepada semua golongan termasuk orang kurang upaya (OKU) dalam membantu meringankan beban kehidupan ​mendepani kos sara hidup sekarang.​

Antara yang mendapat manfaat daripada program berkenaan adalah pemandu Grab OKU menerusi pemberian Bakul Rahmah sekali gus membolehkan mereka berjimat dalam perbelanjaan harian. ​​

Payung Rahmah meliputi​ tiga inisiatif yang ditawarkan ​dengan​​ ​kerjasama dua rakan strategik​,​ Jaya Grocer dan Grab Malaysia​,​ dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Inisiatif pertama adalah pemberian Bakul Rahmah yang bertujuan menyokong komuniti pemandu Grab OKU dan rakan kongsi penghantaran dengan pengagihan​​​ kotak ​barang ​keperluan asas.

​​​Inisiatif kedua adalah Menu Rahmah yang menawarkan makanan harian pada kadar tidak melebihi RM5.00 bagi satu hidangan dan ketiga, Jualan Rahmah yang memberikan penjimatan harga pelbagai barangan keperluan harian sehingga 30 peratus lebih murah daripada harga biasa pasaran. Promosi eksklusif Menu Rahmah kini juga disediakan menerusi platform Grab.​​

Para penerima tiga inisiatif berkenaan ketika ditemui Utusan Malaysia berharap bantuan berkenaan diteruskan agar dapat dimanfaatkan lebih banyak penerima golongan OKU.

Seorang penerima inisiatif berkenaan, Hee Chee Chong yang juga Penolong Setiausaha Persatuan Persatuan Pemandu E-Hailing OKU Fizikal Malaysia (PPEOFM) meluahkan rasa terharu ​dengan keprihatinan kerajaan​ terhadap mereka.

​​“Kesungguhan ​kerajaan membantu OKU ​​melalui inisiatif ​Payung Rahmah ​ini membuatkan ​kami tidak merasa terpinggir​, sebaliknya dihargai​​​,” katanya.

Bagi Siti Fatimah Badrun, yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PPEOFM,​ dengan adanya bantuan ​sedemikian ia dapat membantu dirinya untuk berjimat.

Disebabkan​ ​harga​​ ​barang keperluan asas ​yang ​semakin meningkat, ​beliau​​ sedaya upaya membeli barang​​ keperluan ​melalui ​​​Jualan Rahmah​.

​Jualan Rahmah ​dapat ​membantu dirinya dan keluarga membeli barang keperluan dengan harga berpatutan menerusi potongan diskaun yang dikenakan​.​​

​​​​Badrulshah Abdul Manan pula​ mencadangkan ​agar ​barang bantuan di bawah​​ ​Payung Rahmah dapat dipelbagaikan.

MOHAMAD AZHAR BAKTIAR

Katanya, melihat keadaan rakan-rakan sekerja sebagai pemandu Grab yang bergantung pada kerusi roda dan tongkat kaki, justeru, dia berharap wujud bantuan yang boleh memudahkan mereka.

Dalam pada itu, Mohamad Azhar Baktiar turut menyokong agar bantuan berkenaan dapat diteruskan dan diperluaskan lagi kepada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal yang lain.

Jelasnya, melihat dari segi peluang pekerjaan yang terhad bagi golongan OKU, maka​ menerusi inisiatif ini, mereka berpeluang memperoleh pekerjaan menerusi badan atau pihak yang mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada mereka.

“Sebagai pemandu e-hailing OKU, kami sentiasa berusaha memberi perkhidmatan terbaik kepada penumpang,​” ujarnya.

Justeru, katanya, bantuan seperti Inisiatif Payung Rahmah yang diagihkan kepada pemandu berkecacatan fizikal dilihat bukan setakat meringankan beban sara hidup malah, ia dianggap sebagai tanda penghargaan terhadap mereka sebagai pemandu e-hailing yang bersama-sama meningkatkan ekonomi negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya