Dua kontraktor PR1MA ditamatkan kontrak

Dua kontraktor PR1MA ditamatkan kontrak

AKMAL Nasrullah Mohd. Nasir (dua dari kiri) meninjau Projek Residensi Junjong di bawah PR1MA di Junjung, Kulim. -UTUSAN/ AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Dua kontraktor pembinaan di negeri ini telah ditamatkan perkhidmatan selepas gagal menyiapkan projek perumahan di bawah Perbadanan PR1MA Malaysia seperti yang dijanjikan.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, PRIMA mengambil keputusan yang tegas terhadap kontraktor asal terbabit dan melantik kontraktor penyelamat bagi meneruskan projek perumahan yang sakit.

“Hari ini saya meninjau tiga buah projek perumahan PR1MA di Kedah iaitu Projek Residensi Seri Mahkota di Sungai Ular dan Projek Residensi Junjong yang kedua-duanya di Kulim dan Residensi Simpang Empat 2 di Alor Setar.

“Projek-projek ini merupakan projek sakit yang lewat daripada tarikh yang sepatutnya disiapkan. Cuma tiga projek ini mempunyai status yang berbeza, contoh di Sungai Ular Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) diperolehi pada 15 Mac lalu bagi unit rumah serta CCC untuk kemudahan dewan pula diberikan baru-baru ini,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Akmal Nasrullah berkata, Serahan Milikan Kosong (VP) masih belum diberi kepada pembeli di Residensi Sungai Ular disebabkan hasil tinjauan mendapati terdapat kerosakan dan kecacatan pada perumahan itu.

“Kita sudah minta pihak PR1MA supaya menjalankan pemeriksaan yang lebih ketat agar masalah kerosakan ini tidak berulang ketika menyerahkan kunci kepada pembeli,” ujarnya.

Akmal Nasrullah berkata, projek di Residensi Simpang Empat 2 juga mengalami masalah kelewatan disebabkan beberapa isu antaranya melibatkan pengambilan tanah laluan masuk ke tapak projek.

“Projek ini mengalami kekangan terbesar untuk dihadapi dan akan mengambil masa yang agak lama. Cabaran kontraktor penyelamat adalah membaiki kerosakan kerana kerja-kerja sebelum ini perlu dibuat semula kerana tidak mengikut syarat ditetapkan,” ujarnya.

Ujar beliau, kontraktor yang telah ditamatkan akan disenarai hitam daripada apa-apa projek PR1MA dan sehingga Jun tahun ini, perbadanan itu berjaya menyiapkan sembilan daripada 20 projek sakit di seluruh negara sebelum bakinya dijangka dapat disiapkan menjelang akhir tahun depan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya