Delegasi Hong Kong ke Malaysia teroka peluang kerjasama

Delegasi Hong Kong ke Malaysia teroka peluang kerjasama majukan hubungan ekonomi

Hong Kong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Delegasi yang dipimpin Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee, bakal datang ke Kuala Lumpur dari 27 hingga 29 Julai ini.

Kunjungan delegasi anjuran Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC), akan melibatkan pegawai-pegawai utama Kerajaan HKSAR serta lebih dari 30 pemimpin perniagaan yang mewakili pembangunan ekonomi, perkhidmatan kewangan, inovasi, logistik, pengangkutan dan banyak lagi.

Misi ini bertujuan untuk meneroka kerjasama dan perkongsian antara Hong Kong dan Malaysia dalam pelbagai sektor. Satu jamuan makan tengah hari bersama para pemimpin perniagaan Malaysia pada 28 Julai merupakan acara kemuncak lawatan delegasi tersebut dalam mempromosikan hubungan ekonomi dua hala dan pertukaran budaya antara Hong Kong dan Malaysia.

Pengerusi HKTDC, Dr Peter K N Lam, berkata, HKTDC telah memudah cara peluang perniagaan antara Hong Kong dan dunia setelah selama hampir enam dekad.

“Sempena kunjungan delegasi ini ke Malaysia, kami berhasrat untuk memperkukuh ikatan erat antara kedua-dua wilayah dan sekaligus mengukuhkan hubungan ekonomi antara Hong Kong dan negara-negara ASEAN.

“Lawatan ini akan menjadi platform pertukaran idea, meneroka peluang- peluang baharu dan memupuk kerjasama yang lebih erat antara perniagaan dan kerajaan. Kami percaya bahawa dengan bekerjasama, kita dapat mencapai kejayaan dan kemakmuran bagi Hong Kong dan Malaysia serta rantau ini,” katanya.

Sebagai Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) China, Hong Kong memainkan peranan penting sebagai hab antarabangsa perdagangan kewangan, pelaburan dan pertukaran budaya.

Dalam ASEAN, Hong Kong adalah rakan perdagangan dan pasaran eksport-import kedua terbesar. Malaysia dengan menduduki tempat kedua sebagai pasaran import terbesar Hong Kong di rantau ini, menegaskan peranan pentingnya terhadap ekonomi tempatan.

Memanfaatkan lokasi strategik, perkhidmatan kewangan bertaraf dunia, rangkaian meluas serta platform berbeza untuk memudahkan peluang di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan atau Laluan Sutera Baru (BRI), Hong Kong boleh membina kekuatan kerjasama yang tidak terhad dalam perniagaan, serta dapat memberikan manfaat yang besar kepada perniagaan, pelabur dan rakyat di seluruh rantau ini.

Lawatan delegasi Hong Kong ke Kuala Lumpur menandakan kepentingan untuk mengukuhkan lagi ikatan ekonomi yang telah dibina antara Hong Kong dan Malaysia selama bertahun lamanya bagi memupuk kerjasama yang lebih baik, memacu pertumbuhan yang lebih pesat, dan membuka peluang-peluang baru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya