KUALA LUMPUR: Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang terletak di Putrajaya memegang Rekod Dunia Guinness sebagai bulatan jalan raya paling besar di dunia.
Dikenali sebagai Bulatan Putrajaya, ia merupakan antara tarikan luar biasa dalam kalangan negara Asia Tenggara.
Lapor Oddity Central, bulatan yang memiliki saiz ukur lilit 3.4 kilometer (km) itu, menampilkan kira-kira 15 sistem jalan keluar masuk.
Infrastruktur moden itu direka oleh arkitek terkenal, Hijjas Kasturi dan dirasmikan pada tahun 2003.
Bulatan terbesar dunia itu dibina sekitar Istana Melawati, Taman Putra Perdana dan sebuah hotel mewah lima bintang.
Malah, ia juga merupakan akses utama ke beberapa lokasi tarikan Putrajaya termasuk Kompleks Perdana Putra dan Masjid Putra.
Bulatan Putrajaya dengan diameter 3.4km yang bersamaan 2.2 batu itu dikatakan sangat besar berdasarkan piawaian saiz bulatan.
Dilaporkan, sebuah lagi bulatan lebih besar terletak di Trinidad dan Tobago di Sepanyol.
Queen’s Park Savannah yang memiliki saiz ukur lilit 3.7km secara teknikalnya merupakan bulatan terbesar di dunia.
Namun, ia masih belum diiktiraf secara rasmi disebabkan reka bentuknya yang tersendiri.