PETALING JAYA: Selepas mencipta kejayaan demi kejayaan bersama Kuala Lumpur (KL) City, ketua jurulatih, Bojan Hodak sah meninggalkan pasukan The City Boys.
Perkara itu diumumkan pada sidang media yang dilakukan pengurusan kelab berkenaan, di sini hari ini.
Pencapaian tertinggi sepanjang bersama KL City, Bojan telah mengendali pasukan itu memenangi Piala Malaysia dan juga naib juara Piala AFC.
Bojan meninggalkan kelab itu dan dijangka berkelana ke luar negara iaitu melatih kelab Indonesia, Persib Bandung.
Jawatan yang ditinggalkan Bojan akan diisi oleh Nenad Bacina bagi membimbing KL City mengharungi baki saingan Liga Super dan juga Piala Malaysia.-UTUSAN