Apa status siasatan KPDN jenayah tipu e-Ganjaran? - MHO

Apa status siasatan KPDN jenayah tipu e-Ganjaran? – MHO

HISHAMUDDIN Hashim (tengah) bersama mangsa berhubung penipuan aplikasi E-Ganjaran di KPDN, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) hari ini menyerahkan surat permohonan maklum balas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung status siasatan jenayah penipuan aplikasi e-Ganjaran.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, seramai 114 orang pengguna aplikasi itu menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM5 juta berdasarkan laporan polis yang dibuat.

Katanya, pihaknya difahamkan, laporan polisi tu sudah dirujuk kepada pihak KPDN untuk siasatan lanjut.

“Di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah memberikan hak kepada pengadu untuk mendapat maklum balas dan keputusan siasatan dalam tempoh 14 hari. Jadi kita guna peruntukan ini untuk menghantar dokumen kepada KPDN.

“Kita mengharapkan satu jawapan berkanun untuk mengetahui perkembangan kes dan keputusan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat berkenaan di Ibu Pejabat KPDN yang turut dihadiri kira-kira 20 mangsa di sini hari ini.

Surat berkenaan diserahkan Hishamuddin yang mewakili mangsa kepada Pegawai Perhubungan Awam Unit Komunikasi Korporat KPDN, Mohd. Firdaus Karos.

Sebelum ini, Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dilaporkan berkata, syarikat yang mengendalikan aplikasi itu sudah diserbu pihak KPDN pada tahun lepas dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) dan Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

Difahamkan, aplikasi itu yang diperkenalkan sejak 2020 itu menawarkan pembelian barangan serta perkhidmatan melalui penggunaan e-dompet dan pengguna akan diberikan penjimatan sehingga 50 peratus.

Mereka turut menerima mata ganjaran yang seterusnya boleh ditebus menerusi pembelian barangan atau wang tunai yang akan dikreditkan ke akaun pengguna bagi setiap pembelian.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan berharap, pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan secara telus serta memberi keadilan kepada semua mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya