Amanah Terengganu hasrat bertanding di tiga DUN - Utusan Malaysia

Amanah Terengganu hasrat bertanding di tiga DUN

amanah
Amanah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu menyatakan hasrat untuk bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Setiausaha Amanah Terengganu, Muzahar Hitam berkata, tiga kerusi DUN tersebut adalah Tepuh, Batu Buruk dan Ru Rendang.

Menurutnya, hasrat tersebut dinyatakan dalam mesyuarat di antara jawatankuasa Induk Pilihan Raya Amanah Nasional dan Amanah Terengganu yang diadakan semalam.

Katanya, Amanah negeri itu juga bersedia dan sedang berusaha untuk bertanding di kerusi DUN Bandar bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

“Sukacita dimaklumkan bahawa beberapa kerusi DUN yang lain juga masih dalam perbincangan akhir di antara pimpinan utama parti-parti,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi.

Ketiga-tiga kerusi tersebut disandang oleh Pas selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Berdasarkan keputusan PRU-14, tiga kerusi itu dimenangi Pas dengan majoriti melebihi 2,000 undi.

DUN Ru Rendang dimenangi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dengan majoriti sebanyak 6,028 undi.

Sementara itu, kerusi DUN Tepoh dimenangi Hishamuddin Abdul Karim dengan majoriti 2,717 undi manakala DUN Batu Buruk pula ditawan Muhammad Khalil Abdul Hadi yang memperoleh  majoriti 5,288 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya