Aira ketuai cabaran Malaysia ke pusingan keempat Kejohanan Dun

Aira ketuai cabaran Malaysia ke pusingan keempat Kejohanan Dunia

AIRA AZMAN (kiri) sewaktu beraksi menentang Caroline Eielson pada pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Remaja Dunia di Melbourne, Australia, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia hanya memiliki tiga wakil yang masih bertahan dan mara ke pusingan keempat pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia di Melbourne, Australia, hari ini.

Pemain remaja negara, Aira Azman yang diletakkan selaku pilihan ke-3/4, menewaskan pemain Amerika Syarikat, Caroline Eielson 11-8, 11-1, 11-7 pada peringkat 32 terbaik.

Lawan Aira pada peringkat seterusnya ialah wakil Hong Kong, Leung Ka Huen.

Seorang lagi wakil Malaysia, K. Sehveetrraa turut meloloskan dirinya ke pusingan keempat setelah mengalahkan Sophie Hodges dari New Zealand 11-2, 12-10, 12-10.

Bagaimanapun, pada pusingan keempat, Sehveetrraa bakal berdepan laluan getir bertemu pilihan pertama, Amina Orfi dari Mesir.

Sementara itu, Joachim Chuah menjadi wakil tunggal negara dalam saingan lelaki setelah menumpaskan pemain tuan rumah, Oscar Curtis 11-4, 11-2, 13-11.

Pilihan ke-5/8 itu akan bertemu pemain Mesir, Kareem El Torkey yang diletakkan sebagai pilihan ke-9/16.
Tiga lagi wakil Malaysia yang beraksi hari ini, terkandas dengan Whitney Isabelle Wilson kalah kepada pilihan kedua, Fayrouz Aboelkheir dari Mesir 3-11, 5-11, 5-11.

U. Thanussa pula kecundang di tangan Caroline Fouts dari Amerika Syarikat 2-11, 5-11, 2-11 dan Low Wa Sern tumpas kepada Juan Jose Torres Lara dari Colombia 3-11, 4-11, 3-11.

Pengendali skuad kebangsaan dalam kenyataannya kepada media berkata, setakat ini, Aira, Sehveetrraa dan Joachim bermain agak baik untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Kita lihat, esok laluan dijangka sukar terutama Joachim yang akan bertemu pemain Mesir.

“Aira pula turun beraksi menentang pemain Hong Kong dan Sehveetrraa bertemu pilihan pertama, Amina, jadi saya berharap mereka bersedia untuk perlawanan, esok,” katanya di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya