Verstappen lakar sejarah, menang F1 GP ke-100

Verstappen lakar sejarah, menang F1 GP ke-100

MAX Verstappen muncul juara Grand Prix Austria.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL, Kanada: Max Verstappen melakar kemenangan bersejarah apabila muncul sebagai pemenang dalam perlumbaan Formula Satu (F1) yang ke-100 dengan dominasi luar biasa.

Ditempat kedua dan ketiga, masing-masing dimenangi Fernando Alonso dan Lewis Hamilton, dengan pemandu Sepanyol itu berjaya melepasi garisan walaupun berdepan masalah brek.

Hamilton yang berpuas hati dengan kedudukan ketiga turut berpendapat bahawa keputusan itu menandakan satu lagi langkah bahawa pasukannya sedang pulih ke arah lebih baik memandangkan dia berjaya menempah slot di podium berturut-turut.

“Itu adalah perlumbaan yang sukar. Kerja hebat daripada semua orang hari ini pada hujung minggu. Mari kita kekalkan kejayaan ini.

“Ini adalah hujung minggu yang hebat untuk kami. Kami perlahan-lahan melakukan beberapa kemas kini untuk masa akan datang. Satu penghormatan kepada saya kerana dapat berada di sana (podium) bersama juara dunia dan saya teruja dengan kemenangan ini.

“Cuma, kami tidak mempunyai rentak. Kami tahu ini bukan litar kami kerana kami bergelut di selekoh berkelajuan rendah. Ada banyak kerja yang perlu dilakukan untuk menambah kekuatan kereta. Kami sedang menuju ke laluan yang betu sekarang,” katanya.

Sementara itu, Ini merupakan kemenangan ke-41 dalam kerjaya Verstappen apabila dia bergerak setanding hebat dengan Ayrton Senna.

“Saya sangat gembira sekarang. Ini bukan perlumbaan yang lurus ke hadapan, kami merosot sedikit dalam mengejar kemenangan tetapi Grand Prix ke-100 ini, untuk pasukan, sangat menakjubkan,” katanya.

Dia kini menakluki petak pertama dalam setiap kejohanan, mendahului setiap pusingan dan meraih kemenangan dalam tiga perlumbaan terakhir di Monaco, Barcelona dan Kanada.

Semuanya kelihatan mudah sehinggalah terdapat satu kejadian yang mana dia kedengaran ketawa di radio pasukannya sambil berkata, “hampir terjatuh di tepi jalan”.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya