Tindakan usir Ketua Pembangkang Kemboja tidak wajar

Tindakan usir Ketua Pembangkang Kemboja tidak wajar

HASSAN KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan mengusir keluar bekas ketua pembangkang Kemboja, Sam Rainsy dan rombongannya yang singgah untuk menghadiri mesyuarat di ibu negara tidak wajar berlaku dan memalukan kerajaan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pihaknya kesal dan sedih dengan tindakan menghalau Rainsy yang disifatkan sebagai seorang tokoh pejuang untuk mendemokrasikan Kemboja.

“Hari ini rasa sedih apabila membaca berita bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang katanya menjunjung hak asasi dan demokrasi menghalau Rainsy, tokoh pembangkang Kemboja yang singgah ke negara ini.

“Perdana Menteri rupa-rupanya telah berjanji dengan Hun Sen iaitu Perdana Menteri Kemboja sekarang. Aku setuju tindakan itu kalau penjenayah perang seperti George W. Bush atau Tony Blair yang menghancurkan Iraq dihalau dari Malaysia.

“Tetapi aku tidak setuju kalau tokoh politik pembangkang Kemboja seperti Rainsy yang berjuang untuk perubahan Kemboja secara demokrasi dihalau sebegitu rupa dari bumi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah bekas Pengerusi PKR Johor itu, Malaysia perlu ada dasar luar negara yang progresif, dinamik serta aktif sesuai dengan amalan diplomasi antarabangsa yang berintegriti dan berwibawa.

Kelmarin, Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan Rainsy sudah meninggalkan Malaysia dan kehadirannya di negara ini tidak berada dalam pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan akhbar Kemboja Khmer Times, Rainsy datang ke negara ini menggunakan pesawat peribadi dan pasport Perancis, di mana langkah itu dipercayai bagi membolehkannya masuk tanpa penelitian pihak berkuasa Malaysia.

Rainsy dikatakan ingin bermesyuarat di Kuala Lumpur bersama beberapa pemimpin daripada partinya yang diharamkan di Kemboja, namun dihalang berbuat demikian oleh pihak berkuasa negara ini.

Laporan portal itu turut memetik penghargaan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen terhadap Anwar atas tindakan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya