Sultan Mizan berangkat ke Jamuan Teh Bersama Rakyat

Sultan Mizan berangkat ke Jamuan Teh Bersama Rakyat

sultan mizan
SULTAN Mizan Zainal Abidin (tengah) beramah mesra dengan rakyat ketika mencemar duli berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-61 Hari Keputeraan baginda di Kuala Berang, Hulu Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat di Pasar Pagi Kuala Berang, di sini, petang ini.

Kira-kira 3,000 rakyat daripada pelbagai latar belakang dan usia hadir pada majlis jamuan teh itu sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-61 Hari Keputeraan baginda.

Baginda tiba dengan diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan keempat-empat anakanda baginda termasuk Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail.

Turut hadir mengiringi baginda ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman.

Jamuan minum petang tersebut dihadiri kira-kira 3,000 tetamu terdiri ketua dan wakil jabatan kerajaan serta penduduk tempatan daripada pelbagai latar belakang dan usia.

Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan artis anak kelahiran Kuala Berang iaitu Mat Over atau nama sebenarnya, Sulaiman Yassin.

Esok, baginda berkenan berangkat untuk mencemar duli merasmikan Masjid Kampung Pelandan dan Jambatan Ikonik di Pulau Poh, Tasik Kenyir di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya