Sindiket seleweng diesel subsidi di tapak pembinaan tumpas  - Utusan Malaysia

Sindiket seleweng diesel subsidi di tapak pembinaan tumpas 

SEBUAH lori yang digunakan dalam aktiviti penyelewengan diesel dirampas KPDN dalam Ops Tiris di sebuah tapak pembinaan di Kuala Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi membabitkan nilai rampasan keseluruhan lebih RM510,000 menerusi Ops Tiris di sebuah tapak pembinaan di sini, semalam.

Pengarah KPDN negeri, Saharuddin Mohd. Kia berkata,  hasil pemeriksaan di lokasi sebanyak  32,670 liter diesel ditemukan oleh anggota penguat kuasa KPDN yang melakukan operasi tersebut pada pukul 3.30 petang.

Menurutnya, pihaknya juga menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an yang mengaku sebagai pemandu sebuah lori tangki dan seorang lagi lelaki berumur 40-an ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, serbuan tersebut dilakukan hasil risikan anggota KPDN  selama dua minggu di tapak pembinaan itu.

“KPDN turut merampas sebuah lori tangki, beberapa tangki simpanan berisi minyak serta peralatan digunakan untuk memindahkan minyak dan semua barang tersebut dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Saharuddin membertahu, pihaknya juga masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti individu atau syarikat terlibat dalam rantaian pengedaran dan sumber minyak diesel itu diperolehi. 

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya