Residensi Dian II yang berkonsep Bali terima anugerah berprestij

Residensi Dian II yang berkonsep Bali terima anugerah berprestij

Residensi Dian
Kawasan drop off Residensi Dian II.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: CPI Land, pemaju hartanah terkemuka yang terkenal dengan komitmennya terhadap kecemerlangan, dengan sukacitanya mengumumkan penghormatan yang diterima melalui dua anugerah berprestij di Anugerah StarProperty 2023.

Pemaju ini telah menerima pengiktirafan melalui anugerah yang menjadi rebutan iaitu Anugerah Sentuhan Asing (Foreign Touch Award) dan Anugerah Kediaman Berkonsepkan Resort (Resort-Living Home Award), yang mengukuhkan lagi kedudukan CPI Land sebagai pelopor dalam industri ini.

Anugerah StarProperty, yang cukup disegani meraikan pencapaian cemerlang pemaju hartanah ini, mengiktiraf CPI Land untuk penciptaan hartanah yang mengagumkan dengan rekaan menarik pada harga mampu milik.

Anugerah Sentuhan Asing (Foreign Touch Award) mengiktiraf usaha CPI Land dalam mewujudkan Residensi Tuan 2egacy; pembangunan unik yang menggabungkan unsur seni bina Kolonial dan Georgian Revival dengan ciri seni bina Peranakan, yang memberikan pembelinya pengalaman kehidupan kosmopolitan di samping menyediakan rumah berkonsep British.

Anugerah ini menyerlahkan lagi dedikasi CPI Land untuk mencipta kediaman yang menggandingkan pengaruh reka bentuk antarabangsa dengan budaya tempatan, bagi menyediakan persekitaran hidup yang unik dan menawan.

Selain itu, komitmen CPI Land untuk mewujudkan pengalaman kehidupan ala resort telah menempa satu lagi kejayaan menerusi Anugerah Kediaman Berkonsepkan Resort (Resort-Living Home Award) untuk Residensi Dian II yang menawarkan penduduknya gaya hidup yang tiada tandingan di tengah-tengah kehijauan yang menyejukkan pandangan, kemudahan yang selesa dan suasana yang menenangkan. 

Reka Bentuk Dalaman gimnasium Residensi Dian II. .

Kehadiran Residensi Dian II di tengah-tengah Shah Alam; bandar yang terkenal dengan pertumbuhan dinamik dan komuniti maju, bakal menyemarakkan lagi kehidupan di ibu negeri Selangor itu dengan mercu tanda kehidupan mewah, pada tahun 2027.

Sesuai dengan cita rasa sofistikated pembeli moden, Residensi Dian II menampilkan hasil karya yang sempurna dengan memberi perhatian kepada setiap perinciannya. Residensi eksklusif ini menawarkan ruang kediaman yang direka teliti dengan menyatukan nilai estetika dan fungsi secara harmoni.

Setiap perincian Residensi Dian II direka untuk menggambarkan teras seni bina dan reka bentuk Bali. Penduduk residensi ini akan disambut dengan kehijauan yang menyegarkan, deruan air yang menenangkan, serta laluan yang membangkitkan rasa tenang dan damai.

Reka bentuk ini memberi penghormatan kepada gaya tradisional Bali, yang bercirikan susun atur terbuka, bahan-bahan natural dan integrasi harmoni dengan alam semula jadi.

Elemen berinspirasikan Bali seperti pertukangan kayu yang rumit dan halus, bumbung jerami, serta hiasan berukir menyerikan ruang luar, mewujudkan nilai estetika Bali yang asli dan memikat pandangan. 

Residensi Dian II menawarkan pendudukan gaya hidupyang tiada tandingan di tengah-tengah kehijauan yang menyejukkan pandangan, kemudahan yang selesa dan suasana yang menenangkan.

Ciri-ciri Residensi Dian II yang menyerlah termasuklah Candi Bentar yang indah, kolam spa, astaka terapung dan taman berlandskap yang subur menghijau. Penduduk di sini boleh bersantai di taman-taman yang dijaga rapi, dipenuhi tumbuh-tumbuhan eksotik, elemen air, dan tempat rehat yang teduh.

Sebagai bukti komitmennya terhadap kehidupan holistik, Residensi Dian II menyediakan pelbagai kemudahan yang memenuhi keperluan penduduknya.

Sama ada untuk bersantai di tepi kolam renang, kekal aktif di gimnasium unik yang dibina di bangunan bertiang tinggi, atau menganjurkan perjumpaan di ruang istirahat di situ, adalah antara kemudahan yang disediakan dalam hartanah ini.

Pembangunan ini juga memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan kemudahan, dengan pengawasan 24-jam dan plaza  drop off  yang menarik.  

 

Anugerah Star Property Anugerah Sentuhan Asing (Foreign Touch Award) dan Anugerah Kediaman Berkonsepkan Resort (Resort-Living Home Award).

“Kami sangat teruja menerima Anugerah Sentuhan Asing (Foreign Touch Award) dan Anugerah Kediaman Berkonsepkan Resort (Resort-Living Home Award) sebagai pengiktirafan dalam menyediakan rumah yang mewah dan mampu milik kepada penduduk di residensi kami,” kata Pengarah CPI Land, Chung Shan Tat.

“Penghargaan ini adalah bukti kepada orang ramai akan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap kecemerlangan dan dedikasi kami untuk mencipta kediaman yang luar biasa dan melangkaui jangkaan.

“Kami berbangga dengan pencapaian ini dan berazam untuk mewujudkan lebih banyak residensi yang menjadi kediaman selesa kepada pembeli-pembeli kami. Residensi Dian II adalah permata kebanggaan kami dan kami mengalu-alukan bakal penduduk untuk mengunjungi galeri pameran kami di Menara U2. Saya percaya pemilik kediaman akan terpesona dengan usaha kami membawa Bali ke Shah Alam,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cpiland.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya