Pulut durian lemak manis

Pulut durian lemak manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MUSIM durian kembali lagi. Ramai memperkatakan yang durian Naga Hijau membaham populariti durian Black Thorn, tahun ini.
Tidak kisahlah jenis apa pun, semua durian rasanya sedap bergantung kepada selera dan tekak masing-masing.
Selain enak dimakan begitu sahaja, durian juga boleh dinikmati bersama pulut dan santan.
Gabungan rasa lemak santan dan manis durian memang tidak dapat digambarkan. Dikatakan hidangan ini paling terkenal di sebelah utara tanah air dan yang paling penting, sangat ringkas untuk disediakan.
Jom ikuti perkongsian resipi minggu ini daripada Nurliyana Mansor.
Bahan-bahan :
-Beras pulut susu (rendam antara 15 hingga 30 minit)
-Daun pandan
-Santan
-Air
-Garam
-Durian
Cara penyediaan :
1. Satukan beras pulut, daun pandan dan air dalam bekas tahan panas.
2. Lebihkan air sedikit daripada paras pulut.
3. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 15 minit.
4. Didihkan sebentar santan,
air dan garam.
5. Hidangkan bersama durian dan sedia untuk dimakan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya