Program Duta Kenali Ubat Anda diperluas golongan OKU

Program Duta Kenali Ubat Anda diperluas golongan OKU

ZALIHA Mustafa (duduk tengah) bergambar dengan peserta selepas Majlis Perasmian Persidangan Kenali Ubat Anda Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memperluaskan Program Duta Kenali Ubat Anda apabila melantik wakil dalam kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai agen kesihatan komuniti.

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pelantikan itu adalah usaha berterusan bagi memudahkan OKU penglihatan, pendengaran dan pertuturan mendapat maklumat tepat tentang ubat-ubatan dibekalkan KKM.

Beliau berkata, komitmen terbaharu KKM itu penting bagi memastikan semua masyarakat Malaysia mendapat hak dan informasi yang tepat dan sahih tentang kesihatan, terutama berkenaan penggunaan ubat secara rasional.

“Harapan saya, wakil masyarakat daripada golongan OKU ini yang juga bertindak sebagai agen kesihatan komuniti akan turut membantu KKM dalam memberi maklumat dan mendidik komuniti OKU masing-masing.

“Justeru, kerjasama baik antara ahli farmasi dan Duta Kenali Ubat Anda OKU dapat merapatkan jurang antara profesional kesihatan dengan komuniti OKU,” katanya ketika berucap melacarkan Persidangan Kenali Ubat Anda Peringkat Kebangsaan 2023 di sini, hari ini.

Katanya, Program Duta Kenali Ubat Anda dilancarkan sejak 2012, bertujuan memperkasakan wakil masyarakat yang berpengaruh dalam menyampaikan maklumat asas berkaitan ubat-ubatan.

Dr. Zaliha berkata, sejak pelancarannya, bilangan duta yang dilatih meningkat daripada sejumlah 145 orang duta pada tahun 2012 kepada 1,775 orang duta pada tahun lalu.

Menurutnya, beliau dimaklumkan, individu-individu yang dilantik sebagai Duta Kenali Ubat anda perlu menjalani latihan yang berstruktur dan komprehensif.

“Melalui latihan ini, Duta Kenali Ubat Anda akan lebih memahami dan boleh berkongsi maklumat asas berkenaan ubat-ubatan kepada masyarakat bersama-sama anggota farmasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya