Penduduk resah 'simpang maut' di Jalan Teluk Piah - Utusan Malaysia

Penduduk resah ‘simpang maut’ di Jalan Teluk Piah

Teluk Piah
JUWAIRIYA Zulkifli (dua, kiri) bersama petugas JKR Daerah Kuala Selangor meninjau keadaan persimpangan Jalan Teluk Piah, Kuala Selangor, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kemalangan jalan raya yang kerap berlaku di persimpangan Jalan Teluk Piah, di sini, menimbulkan menimbulkan keresahan kepada penduduk setempat yang menganggapnya sebagai ‘simpang maut’ ekoran kekerapan insiden tersebut berlaku di situ.

Keadaan itu berlaku berikutan simpang empat yang dibina sejak puluhan tahun berkenaan tidak lurus dan selari hingga mengundang risiko kemalangan terutama pada waktu puncak.

Penduduk, Hamdan Abd Hamid, 52, berkata simpang jalan itu sememangnya mengelirukan pengguna jalan raya terutama bagi mereka yang pertama kali menggunakannya.

“Simpang ini sibuk dan menjadi laluan utama dari semua arah termasuk ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah. Saya juga terpaksa berhati-hati menunggang motosikal setiap kali melintas jalan ini,” katanya ketika ditemui di lokasi itu bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli.

Menurut Hamdan, biarpun penghadang jalan diletakkan di laluan itu, ia tetap mengundang bahaya dan risiko keselamatan pengguna.

“Saya menetap di kawasan ini sejak kecil dan memang kerap berlaku kemalangan hingga mengundang maut,” ujarnya.

Bagi Wan Mohd Salleh, 48, kekerapan kemalangan di kawasan itu terlalu tinggi dan turut beberapa kali melihat kemalangan di depan matanya.

“Saya tinggal berdekatan laluan itu dan pernah menyaksikan sendiri kenderaan bertembung. Malah, saya kerap terdengar bunyi kuat dari luar rumah dan melihat mangsa kemalangan cedera parah dan meninggal dunia,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Norzila Zainal, 56, berkata masalah itu bukan baharu malah sudah berpanjangan.

“Sikap segelintir pengguna memandu laju juga membahayakan pengguna lain terutama yang ingin memasuki simpang. Malah, ada pengguna membuat pusingan U berhampiran penghadang jalan menyebabkan kesesakan dan kemalangan,” ujarnya.

Sementara itu, Juwairiya memaklumkan, isu berkenaan kerap dibangkitkan beliau pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menerusi JKR termasuklah cadangan membina lampu isyarat serta naik taraf jalan di persimpangan tersebut.

“Jalan ini sesak dengan aliran trafik sekitar 12,000 hingga 13,000 pengguna kenderaan setiap hari dan jumlah itu meningkat sehingga 70 peratus semasa musim perayaan.

“Sebanyak RM14.6 juta diperuntukkan bagi projek menaik taraf jalan itu pada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) namun kita terima RM500,000 setakat ini sekaligus tidak mencukupi bagi kerja menaik taraf,” jelasnya. 

Tambah beliau, pihaknya berusaha melaksanakan pelan jangka pendek dengan pelaksanaan projek menaik taraf pada suku ketiga tahun ini melibatkan pelebaran jalan tiga meter di Jalan Rawang manakala empat hingga lima meter di Jalan Teluk Piah Kanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya