Minimalis buat ruang tampak luas

Minimalis buat ruang tampak luas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gemarkan suasana dan ruang yang luas mendorong pemilik kediaman, Noor Liayana Mohamad Yusman memilih konsep minimalis untuk singgahsana keluarganya.

Konsep minimalis yang dipilih untuk kediaman seluas 2,600 kaki persegi itu tepat kerana ruang kelihatan bersih, kemas dan rapi.

Berpegang kepada prinsip less is more, ibu kepada dua anak itu yakin ruang kediaman akan tetap kelihatan berseri walaupun tanpa perabot dan hiasan yang sarat.

“Konsep rumah kami adalah moden minimalis dan terbuka.

“Kami mengamalkan konsep less is more dengan tidak memiliki banyak barang di rumah dan dekorasi yang sederhana sahaja.

“Kami memfokuskan kepada barangan sedia ada tetapi masih menampakkan sisi moden di satu-satu ruangan,” katanya kepada Seri baru-baru ini.

Noor Liayana berkata, susun atur mengikut konsep ruangan terbuka juga menjadikan rumah tampak lebih luas dan mendamaikan.

“Melalui gabungan kedua-dua konsep ini rumah kami tidak serabut.

“Rumah lebih luas dengan meminimumkan penggunaan perabot, dekorasi, aksesori dan lain-lain. Semestinya mudah untuk mengemas dengan ruangan terbuka yang luas serta barang-barang disimpan di tempat tertutup,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, katanya, permainan warna-warna semulajadi dan lembut serta sedikit sentuhan keemasan amat penting dalam membangkitkan suasana mewah serta moden.

Walaupun konsep minimalis kadangkala membuatkan rumah kosong dan sedikit membosankan, namun dengan sentuhan warna senada akan memberikan efek suasana yang lebih menarik. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya