PETALING JAYA: Kekasih pemain bola sepak Sabah, Rizal Ghazali telah memuat naik satu gambar menunjukkan dirinya telah dicederakan oleh individu yang disayangi baru-baru ini.
Perbuatan terbabit menyebabkan wanita berkenaan mengalami lebam di tangan dan beberapa kesan calar sebelum mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta.
Kekasihnya yang dikenali sebagai Dr Hana Rose memuat naik beberapa keping gambar tangannya cedera beberapa jam lalu.
“Dulu berjanji untuk setia selamanya sehingga tua. Tapi akhirnya terkadang wanita bule jadi budu dengan yang dia sayang, berdiam n bertahan.
“Sekarang saya phobia dan trauma,” tulisnya di laman istagram drhanarose.-UTUSAN