JDT, Selangor siapa calon final Piala FA

JDT, Selangor siapa calon final Piala FA

AYRON (kanan) menjadi taruhan Selangor untuk merobek gawang JDT pada aksi separuh akhir Piala FA, malam ini. IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pemain Selangor, Khalid Ali mengakui, aksi separuh akhir Piala FA Selangor bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) malam ini bakal menjadi misi sukar tetapi tidak mustahil untuk mencipta kejutan.

Berdasarkan prestasi semasa Red Giants, menunjukkan mereka mampu memberi saingan sengit.

“Saya nampak peningkatan tahun ini tetapi untuk mencabar JDT tetap ada kesukaran, tetapi kita boleh bersaing dengan mereka pada masa depan nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Khalid, 66, menegaskan, Selangor perlu menanam ‘mindset’ sebagai pasukan terkuat dan tidak gentar berdepan pasukan apa pun.

Dalam masa sama, format perlawanan kalah mati dalam Piala FA sudah tentu jauh berbeza dengan konsep liga yang membolehkan mereka memperbaiki kelemahan dalam perlawanan seterusnya.

“Ini separuh akhir, bukan liga ya. Dia kalah mati. Kita nampak rekod daripada JDT pun banyak kecundang dalam peringkat kalah mati.

“Jadi semua orang akan berhati-hati, takkan buat silap. Siapa yang lakukan kesalahan, dia berdepan hukuman dalam perlawanan itu.

“Aksi kalah mati, walaupun kita kuat macam mana pun, sedikit ketakutan mesti akan ada. Selangor kena bermain ‘all out’ sebagai sebuah pasukan. Kena fikir yang mereka ialah pasukan terbaik. Lencana Selangor itu saja pun dah menakutkan pihak lawan.

“Itu yang saya sematkan dalam fikiran sejak dulu, Anda bermain menentang Selangor. Semangat yang ada ini, kita tak takut dengan mana-mana pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya