Inovasi baharu rawatan buah pinggang

Inovasi baharu rawatan buah pinggang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJIAN menunjukkan golongan wanita lebih cenderung menghidap penyakit buah pinggang yang kronik (CKD) berbanding lelaki.

Namun, apa yang paling membimbangkan masih ramai tidak tahu dan sukar mengenal pasti punca serta tanda kerosakan buah pinggang.

Buah pinggang merupakan antara organ terpenting yang berfungsi sebagai sistem penapisan bagi menapis darah untuk menghilangkan toksin dan sisa serta menghapuskan bahan yang tidak diingini menerusi kencing.

Apabila buah pinggang tidak boleh menapis darah dengan berkesan dan sepatutnya, keadaan itu dipanggil sebagai kegagalan fungsi buah pinggang yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan kematian.

 

OK

Pengerusi MDC Asia Link Berhad, Dr. Aslan Bacho berkata, organ itu mempunyai daya tahan yang tinggi, justeru, simptom hanya akan muncul apabila buah pinggang sudah rosak.

Jelasnya, setiap penyakit buah pinggang juga mempunyai peringkat tertentu dengan dibahagikan kepada lima tahap.

“Pada peringkat pertama, fungsi buah pinggang masih baik, namun terdapat tanda-tanda kerosakan seperti protein dalam air kencing.

“Peringkat empat dan lima pula biasanya menunjukkan situasi penyakit yang sederhana teruk sehinggalah ke tahap kritikal,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2018, prevalens penyakit buah pinggang kronik di Malaysia meningkat kepada 15.5 peratus berbanding 9.1 peratus 2011.

Dalam perkembangan sama, Aslan berkata, selain kaedah dialisis, terdapat pendekatan baharu lain bagi merawat penyakit buah pinggang.

RAWATAN

Tambahnya, rawatan yang menggabungkan cara moden dan tradisional itu dikatakan mampu mengelakkan pesakit daripada melakukan dialisis.

“Kita mengenal pasti rawatan alternatif antaranya menerusi penggunaan mesin ECP yang turut membantu dalam merawat masalah jantung,” katanya.

Selain itu, Aslan berkata, kaedah sauna infrared turut digunakan kepada pesakit buah pinggang untuk memanaskan, menyahtoksin dan memperbaiki tisu-tisu yang rosak di samping membantu menurunkan berat badan.

“Rawatan tambahan lain yang kita lakukan seperti Tetra-K dengan menggunakan frekuensi 20 hingga 30 sentimeter yang boleh merawat hingga ke sumsum tulang dan kapilari darah untuk membantu memperbaiki aliran darah.

“Selain itu, teknik fisioterapi juga akan diberikan untuk membantu pesakit bergerak dan melakukan aktiviti melibatkan kardiovaskular. Kita juga menggunakan teknik K-Laser untuk meningkatkan pertumbuhan sel baharu dalam badan, memperbaiki tisu serta membantu pengaliran darah,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya