Harimau Malaya menang bergaya, kalahkan Kepulauan Solomon 4-1  - Utusan Malaysia

Harimau Malaya menang bergaya, kalahkan Kepulauan Solomon 4-1 

STUART Wilkin (dua, kanan) dikawal ketat pemain pasukan Kepulauan Solomon pada Perlawanan Persahabatan Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Dua jaringan dalam setiap babak membantu skuad Harimau Malaya mengalahkan Kepulauan Solomon 4-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.

Awal permainan Malaysia yang terlebih dahulu menguji pelawat melalui Stuart Wilkin pada minit ke-10 namun dikejutkan gol pembukaan pelawat seminit kemudian.

Tindakan Ahmad Syihan Hazmi keluar dari kawasannya dihukum Muhammad Ali Mekawir yang bijak melepasi penjaga gol negara itu sebelum bola lorongannya disudahkan Raphael Lea’i.

Tersentak dengan jaringan itu, Harimau Malaya meningkatkan serangan menerusi rembatan Paulo Josue hasil umpanan Corbin Ong malangnya ditepis keluar pada minit ke-24.

Usaha skuad negara menyamakan kedudukan akhirnya berhasil minit ke-40 setelah bola muntah berpunca hantaran Matthew Davies dari sebelah kanan disambar Josue.

Pemain sayap, Arif Aiman Hanapi kemudian memberi kelebihan 2-1 hasil sepakan penalti dalam masa tambahan babak pertama apabila dia dijatuhkan pemain lawan.

Bersambung separuh masa, skuad negara terus memimpin permainan dengan percubaan berturut-turut Arif Aiman, Josue serta Wilkin dalam masa lima minit.

Memasuki minit ke-77, pemain gantian, Safawi Rasid yang menerima hantaran Lee Tuck bijak melakukan voli untuk menjadikan kedudukan 3-1 buat pasukan negara.

Tuck kemudian melengkapkan kebangkitan 4-1 hasil sepakan leret dari dalam kotak penalti pada minit ke-90 sekaligus menceriakan lebih 12,000 ekor Harimau Malaya.

Kedudukan itu kekal sehingga pengadil Vietnam, Ngo Dyu Lan meniupkan wisel penamat untuk mengesahkan kemenangan dalam pertemuan pertama dengan negara di ranking 134 dunia itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya